IBU KESAL GAMBAR ANAK MASIH DIGUNA KUTIP DERMA PALSU

“Anak Saya Kini Sihat Dan Dah Besar,” Ibu Kesal Gambar Anak Digunakan Untuk Minta Derma Palsu.


Seorang wanita meminta agar orang ramai tidak terpedaya dengan tindakan individu yang menggunakan gambar lama dirinya dan anak perempuannya dengan menularkan di Facebook bagi meraih simpati memohon bantuan untuk menampung kos pembedahan kanak-kanak itu yang berjumlah RM73,000.

Shuhaila Norasmira Mohd Syukri, 27, yang mendakwa permohonan tersebut telah dimuat naik melalui akaun Facebook palsu yang menggunakan nama akhbar tempatan seperti Berita harian Online, Utusan Harian Online dan Sinar Harian Online.

“Saya terkejut apabila mendapati ada pihak mengambil kesempatan menggunakan gambar kami ketika menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan pada 2014,” kata beliau.

Menurut Shuhaila individu yang tidak bertanggungjawab itu telah mengambil kesempatan menggunakan gambar anaknya, Dhia Dhalieya Mohd Nor yang kini sudah berusia tiga tahun untuk meraih simpati masyarakat selepas kehilangan kaki kiri akibat kemalangan tersebut.

“Nyata ia adalah satu penipuan kerana anak perempuan saya kini sihat dan sudah mampu memakai kaki palsu yang disediakan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut sumber status yang dimuat naik itu, tiga gambar Dhia termasuk sekeping menunjukkan Shuhaila meriba anaknya telah disalah gunakan.

Status itu telah memohon bantuan bagi menampung kos pembedahan Mohamad Ghaffar Azman berjumlah RM 73 ribu dengan disertakan nombor akaun bank milik bapa kanak-kanak itu, Azman Abdullah.

Pada Disember 2015. dikatakan Harian Metro menyiarkan laporan mengenai perkembangan kesihatan Dhia yang terpaksa dijalani empat pembedahan termasuk membuang sebahagian usus serta kehilangan kaki kiri susulan terbabit dalam kemalangan bersama keluarganya di Paka pada 28 Oktober 2014.

Dhia mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikki bersama bapanya, Mohamad Nor Omar, 26, dan Shuhaila Norasmira selepas Perodua Kancil yang dinaikki terbabas di Jalan Perindustrian Kerteh.

Dhia berusia dua bulan ketika itu berada di atas riba ibunya dikatakan terlepas daripada pegangan sebelum tercampak keluar kerana masing-masing tertidur di bahagian tempat duduk penumpang depan apabila kereta terbabit terbabas.

Selain Dhia parah dalam kejadian itu, Shuhaila turut cedera selepas ditindih kenderaan berkenaan yang terbalik.

Berikutan kemalangan terbabit, Dhia menerima rawatan pakar selama 35 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dirujuk dari Hospital Dungun.

Dhia kini sihat membesar

Menurut Shuhaila, dia tidak mahu orang ramai terpedaya dengan menghulurkan bantuan yang ditularkan pihak tertentu yang diyakini bertujuan untuk menipu kerana menggunakan gambar dirinya dan Dhia.

“Saya mengharapkan penjelasan ini dapat memberi pencerahan kerana ramai rakan-rakan dan netizen bertanyakan mengenai status FB yang ditularkan itu,” ujar beliau.

Beliau juga akan berbincang dengan suami sama ada mahu membuat laporan polis mengenai status berkenaan ataupun tidak.

Sumber: Shuhaila Norasmira

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 12,995 hits
%d bloggers like this: