BAITULMAL DAH LAMA BANTU

Ramai yang berkata “pusat zakat ni bertindak bila ‘viral’ jer”. Tanggapan ini seumpama ‘jauh panggang dari api’. Namun agensi yang menguruskan zakat hanya ‘meraikan viral’ tersebut dengan turun melawat asnaf yang diviralkan.

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP, Parlimen Lembah Pantai turun menyantuni En. Zaifullah Zainol di PPR Pantai Ria, Pantai Dalam semalam.

En. Zafuillah mengalami sakit tulang belakang ‘slip disc’ kesan dari kemalangan jalan raya 4 tahun lalu. Beliau yang masih menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan 3 orang anak masih kecil tidak dapat melaksanakan tugas mencari rezeki.

Sebenarnya, En. Zaifullah ialah penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Sewa Rumah daripada Baitulmal MAIWP sejak  2 tahun lalu. Anak-anak beliau turut menerima Bantuan Am Persekolahan.

Berikut adalah senarai bantuan yang diterima oleh En. Zaifullah sekeluarga :

Bantuan Kewangan Bulanan:
1. 2015: RM300.00 sebulan
2. 2016: RM300.00sebulan
3. 2017: RM300.00 sebulan

Bantuan Sewa Rumah Bulanan:
1. 2016: RM70.00 sebulan
2. 2017: RM70.00 sebulan

Bantuan Am Persekolahan (juga menerima bantuan pakaian dan peralatan persekolahan) :

1. 2017: RM300.00 setahun

Pihak Baitulmal MAIWP akan terus membantu En. Zaifullah sekeluarga sebaiknya agar beban yang ditanggung dapat diringankan. Semoga beliau cepat sembuh supaya dapat mengalas semula tugas mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Terima kasih kepada pembayar zakat dan sahabat penyampai maklumat.

25353906_910821422429999_8823427160372753548_n (2).jpg

Categorised in: Artikel, Utama, Viral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 7,337 hits
%d bloggers like this: