MAINS AGIH PAKAIAN SEKOLAH DI PAROI & AMPANGAN

PAROI, 18 DIS – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2018 kepada asnaf fakir miskin bagi DUN Paroi dan Ampangan bertempat di At-Taqwa, Paroi, hari ini.

25398279_1420271281431708_3343725254365805481_o

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Seremban telah memperuntukkan bantuan persekolahan sebanyak RM 59,100 kepada 104 penerima berkelayakan terdiri daripada keluarga golongan asnaf yang mempunyai anak masih bersekolah.

 Bantuan kelengkapan persekolahan turut diberikan yang terdiri daripada dua pasang baju kurung sekolah, dua pasang kemeja sekolah, sepasang baju melayu, dua helai tudung, dua pasang kasut serta dua pasang stokin.

Selain itu, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan bulanan kepada 104 penerima asnaf fakir dan miskin dari kariah Masjid At-Taqwa, Paroi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato Haji Abu Ubaidah Haji Mohd Redza; ADUN Paroi, Tuan Haji Mohd Ghazali Abd Wahid; Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pegawai Masjid At-Taqwa Paroi, Haji Shamsuddin Awaluddin.

 

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

Unit Media MAINS : Nurizyan/Azlan

 

Categorised in: Bantuan, Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,835 hits
%d bloggers like this: