VIRAL LAGI IBU TUNGGAL BUKAN WARGANEGARA BERGELANDANGAN

Sesungguhnya tidak sesekali ingin disalahkan sesiapa juga yang me’viral’kan sesuatu isu di media sosial seperti facebook. Apa yang berlaku adalah bukti sikap prihatin rakyat kita terhadap golongan yang susah dan memerlukan bantuan.

Itu juga merupakan satu kerjasama antara orang ramai dengan Baitulmal MAIWP kerana pegawai Baitulmal BUKAN malaikat yang sentiasa ada di semua tempat pada setiap masa. Malahan mereka juga adalah manusia biasa, ada anak isteri yang perlu diberikan perhatian.

14191909_649883448523799_7835795921272197576_n.jpg

Malangnya, apabila berlaku viral tentang isu-isu sebegitu, maka ramai yang akan menghentam, mencaci, memfitnah, kebencian dan pelbagai kata yang boleh menghilangkan kepercayaan orang ramai kepada Baitulmal MAIWP dan institusi zakat setiap negeri.

Sedangkan semua pegawai zakat sentiasa cuba yang terbaik untuk TELUS dalam melaksanakan amanah yang sungguh BERAT ini. Bukan cuba menegakkan benang yang basah, tapi itulah HAKIKAT yang kami sentiasa cuba laksanakan sebaik mungkin.

Apabila hilang kepercayaan kepada kami dan institusi zakat yang lain, maka akan keluar pula kempen-kempen liar untuk mempengaruhi orang ramai supaya membayar zakat DIRECT kepada asnaf.

Jika ini berlaku, kadar kutipan akan merosot, sedangkan golongan asnaf masih BERGANTUNG kepada bantuan dan kelangsungan hidup mereka kepada wang zakat.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia dan kejatuhan nilai ringgit telah menyebabkan bilangan asnaf SEMAKIN meningkat. Bagaimana mungkin kami dapat membantu mereka secara optimum jika kami sendiri tidak punya sumber kewangan yang kukuh. Kerana jumlah agihan tertakluk kepada jumlah kutipan pada tahun semasa…

Sebaiknya, jika terjumpa dengan mereka yang dalam kesusahan, orang ramai boleh terus maklumkan dan BERHUBUNG dengan kami secara terus. Ramai yang sebelum ini telah lakukan sebegitu, dan kami dalam tempoh masa tertentu akan turun dengan segera untuk turun menyantuni dan membantu.

Itu sebab pentingnya orang ramai LIKE page-page Baitulmal MAIWP atau institusi zakat setiap negeri supaya boleh terus berhubung untuk kebaikan bersama.

Akhirnya, bagi pihak Baitulmal MAIWP dan semua institusi zakat setiap negeri minta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan kami dalam melaksanakan AMANAH yang berat ini. Kita boleh bekerjasama demi untuk kebaikan golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Categorised in: Artikel, Utama, Viral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,486 hits
%d bloggers like this: