WhatsApp Image 2017-12-20 at 16.37.03

“Soal Palestin adalah soal kesejagatan dan kemanusiaan, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan kepada perhimpunan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhimpunan itu di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, perhimpunan tersebut akan dimulakan dengan forum khas sebelum Solat Jumaat di Masjid Putra yang melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al Agha serta tokoh-tokoh politik dan NGO.
Image result for Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

“Selepas Solat Jumaat, perhimpunan akan dimulakan dengan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diikuti ucaptama dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” ujarnya lanjut.