SEKTOR EKONOMI DIGITAL ISLAMIK PATUH SYARIAH

Kuala Lumpur: Sektor Ekonomi Digital Islamik (IDE) tempatan bakal menerima pensijilan dan logo khas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membezakan syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan patuh syariah.

Pengiktirafan patuh syariah ini melibatkan produk dan perkhidmatan termasuk aplikasi, kandungan, kandungan animasi, kewangan teknologi dan modal teroka.

Menurut Naib Presiden, Pembangunan Ekosistem Pertumbuhan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Norhizam Kadir , buat masa ini, pihaknya sedang membangunkan rangka kerja IDE yang pertama seumpamanya di dunia.

 “Rangka kerja ini adalah sebahagian daripada strategi Malaysia untuk mengukuhkan kepemimpinan negara dalam pasaran halal global serta mewujudkan kelebihan yang unik dan berdaya saing bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital.

“Ia akan membantu syarikat modal teroka untuk memastikan dana yang dikumpulkan datang daripada sumber yang berlandaskan syariah serta bagi memastikan urus niaga dan pelaburan dana mereka patuh syariah,” katanya.

Rangka kerja berkenaan yang dijangka siap menjelang Mac tahun depan turut mengariskan panduan atau beberapa bentuk pengiktirafan bagi syarikat pemula dalam memastikan produk dan perkhidmatan mereka mematuhi prinsip syariah.

“Setakat ini, terdapat tiga syarikat modal teroka menunjukkan minat bagi mengambil kesempatan ke atas potensi pertumbuhan ekonomi digital Islam Malaysia.

“Ia terdiri daripada Captii Ventures, Ethis Ventures dan Quest Ventures. Kami yakin lebih banyak syarikat akan turut serta dalam senarai ini pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, selepas rangka kerja ini siap, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan pensijilan dan logo khas bagi syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan mengikut piawaian ditetapkan.

“Ia mungkin sedikit berbeza daripada sijil dan logo halal JAKIM yang digunakan ketika ini. Namun, masih terlalu awal untuk memberi maklumat terperinci berkaitan perkara ini,” katanya.

Ekonomi Islam global diramalkan akan tumbuh kepada AS$3 trilion (RM12.2 trilion) menjelang 2021.

Sumber – Sinar Harian

Categorised in: Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,486 hits
%d bloggers like this: