KEMPEN YEAR END ZAKAT PPZ MAIWP TAWAR CABUTAN BERTUAH

Tahun 2018 akan datang dalam masa 10 hari sahaja lagi, peluang untuk menunaikan zakat bagi tahun 2017 semakin suntuk. Pastinya ramai umat Islam mahu membayar zakat secepat mungkin.

PPZ Jom bayar zakat 2

Zakat adalah Rukun Islam ketiga yang wajib dilaksanakan umat Islam yang cukup syarat ‘haul’ dan ‘nisab’. Tuntutan Islam ini wajib ditunaikan sebagaimana rukun yang lain seperti solat dan puasa.

Sehubungan itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen Year End Zakat (YEZ) bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat.

PPZ Jom bayar zakat

En Mohammad bersama sebahagian cabutan bertunai untuk mereka yang membayar zakat.

  Menurut Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan, beberapa usaha sedang dilakukan, antaranya membuka 11 kaunter PPZ-MAIWP sepanjang bulan ini.

“Kesemua kaunter ini dibuka setiap hari, jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Bagaimanapun, bermula 26 hingga 31 Disember ini, kaunter kami dibuka dari jam 8.15 pagi sehingga 8 malam,” katanya.

Kaunter PPZ-MAIWP boleh dikunjungi iaitu di Taman Shamelin Perkasa, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya, Masjid Tun Dr Ismail, Plaza RAH, Masjid Al-Imam Al Ghazali, Masjid Abd Rahman Auf, UTC Pudu Sentral dan Labuan Times Square.

Jika tidak berkesempatan untuk ke kaunter, tidak perlu risau kerana bayaran zakat boleh dibuat melalui portal PPZ di www.zakat.com.my. Portal ini menawarkan kemudahan KIRA, BAYAR dan SEMAK penyata zakat.

Dengan slogan “memudahkan anda berzakat”, PPZ MAIWP turut menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak yang hanya boleh dipohon dengan menghubungi agensi tersebut.

Bagi mendapatkan perkhidmatan kaunter zakat bergerak, orang ramai boleh hubungi PPZ melalui portal PPZ atau talian zakat 1-300-88-5757 untuk membuat temu janji pembayaran.

“Pihak kaunter bergerak yang bertugas akan ke lokasi anda, sekiranya tidak mempunyai temu janji lain. Oleh itu, saya berharap umat Islam menggunakan kemudahan disediakan ini.

“Kepada mereka yang bayar zakat di kaunter, kami akan beri tiga cenderahati dan hadiah cabutan bertuah setiap hari.

“Hadiah cabutan bertuah paling istimewa ialah tujuh buku Irsyad Al-Fatwa, iaitu buku fatwa dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya.

Mohammed turut meminta individu yang baru bekerja membuat penilaian terhadap pendapatan dan simpanan mereka, sama ada layak bayar zakat atau tidak.

“Zakat wajib dilakukan umat Islam yang layak berbuat demikian. Oleh itu, jangan tangguh membayar zakat dan lakukannya dengan segera,” katanya.

Kemudahan yang ditawarkan ini memberikan peluang untuk semua umat Islam yang berada di Wilayah Persekutuan menunaikan zakat bagi tahun 2017.

 

Categorised in: Artikel, Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: