KEGIGIHAN ASNAF REMBAU PATUT DITELADANI

Islam mengalakkan umatnya untuk gigih dan berusaha keras dalam setiap lapangan yang diceburi. Sikap meminta-minta dikecam keras apatah lagi apabila ada unsur penipuan disebabkan berada dalam keadaan terdesak.

 

Allah berfirman:

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya :

“(Apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah sehingga dia tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infakkan, sungguh, Allah Maha Mengetahui”

Surah Al-Baqarah : 273.

Diriwayatkan dari Sahabat ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

مَا زَالَ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ، حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِيْ وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ.

“Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya”.

Riwayat Bukhari dan Muslim.

25446172_1422252567900246_7248866924446798750_n

Dalam hal zakat, jujur, ikhlas dan taqwa merupakan elemen penting dalam memberikan kesan dan implikasi besar terhadap umat Islam samada ke atas asnaf mahupun kepada pembayar.

Dilaporkan di Rembau, seorang asnaf yang menerima manafaat daripada zakat telah hadir ke pejabat Baitulmal Daerah Rembau memohon untuk menghentikan bantuannya. Masyallah, tindakan ini lahir daripada kejujuran dan ketaqwaan beliau.

Puan Azlina Bt Abdul Rahman merupakan penerima bulanan asnaf miskin daripada tahun 2006 hingga Disember 2017. Beliau seorang usahawan kuih tiram yang menjualnya di sekitar daerah Rembau dan mahir membuat mee sendiri. 

Tahniah Puan Azlina atas tindakan tersebut. Sebelum ini beliau amat memerlukan bantuan zakat. Setelah berusaha meningkatkan tahap ekonomi keluarga beliau mampu berdikari bagi meneruskan hidup tanpa bantuan zakat. Insyallah beliau juga akan menjadi pembayar zakat yang konsisten selepas ini.

Ini merupakan teladan yang baik perlu dicontohi semua pihak. Bukan sahaja kepada golongan asnaf malah kepada pembayar. 

Terima kasih pembayar zakat kerana ZAKAT pernah menyinari hidupnya ketika beliau sekeluarga dalam kesusahan.

#zakat #asnaf #baitulmal

Categorised in: Artikel, Bantuan, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: