WAJARKAH ISU KAUM & AGAMA DIMAINKAN UNTUK RAIH SOKONGAN POLITIK?

Kisah Zakat Malaysia tidak mempunyai kepentingan dalam hal yang melibatkan parti politik. Walau bagaimanapun, jika wujud pihak yang tidak bertanggungjawab seperti BersatuTV.com yang didalangi oleh parti politik tertentu yang cuba memainkan isu, maka kami akan tampil memberikan penjelasan.

Semalam, portal Bersatutv.com milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah memuatnaik berita dengan tajuk “Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja”. Sedangkan artikel berniat jahat tersebut telah dimainkan oleh Suara Pakatan Daily sejak tahun lalu iaitu 8 Mac 2016 .

25659853_1560168367352856_4523881147677764568_n (2)

Artikel asal adalah daripada Malaysia Dateline dengan tajuk  “Orang Melayu kita ramai makan di gereja, adu gelandangan Kuala Lumpur” yang disiarkan pada 7 Mac 2016.

Kesemua portal tersebut dikenalpasti di pihak Pakatan Harapan (PH).

Penjelasan #Tabayyun

Puan Junaidah (bukan nama sebenar) seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut adalah penerima Bantuan Zakat daripada Baitulmal MAIWP. Beliau bersama anaknya yang berusia 25 tahun tidak bekerja serta tidak mempunyai pendapatan tetap.

Beliau yang berasal dari Rembau hidup bergelandangan di Kuala Lumpur setelah berkelana ke Terengganu setahun sebelum itu. Bekas suami pula berada di Jengka, Pahang bersama 2 orang lagi anaknya.

Dalam posting tersebut, beberapa fakta yang ditulis boleh disanggah kesahihannya, seperti ;

  1. Gereja di Bukit Nanas tidak menjamu makanan tengahari, malahan pintu pagarnya meletakkan papan tanda “no begging allowed”
  2. Tiada gereja dekat Dataran Merdeka yang memberikan sabun dan menyediakan ampaian untuk menjemur pakaian. Kawasan tersebut adalah terhad dan berhampiran dengan Dataran Merdeka yang menjadi tumpuan pelancong.
  3. Pejabat Mufti adalah di Kompleks Islam Kuala Lumpur jauh daripada pejabat Baitulmal di Jalan Ipoh.

Viral Gereja Bagi makan

Pengagihan Zakat di Malaysia

Isu pemastautinan adalah perkara pokok kepada pengagihan zakat di Malaysia. Setiap agensi mengurus zakat hanya mengagihkan zakat di kalangan penduduk di negeri tersebut sahaja. Hal ini adalah berdasarkan kepada Jadual ke 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai kedua – Senarai Negeri memperuntukan; hal yang melibatkan agama Islam termasuk zakat, fitrah dan Baitulmal adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Dalam erti kata lain, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah pihak yang berkuasa dalam urusan zakat termasuk kutipan dan agihan. Setiap MAIN mempunyai pendekatan tersendiri dalam urusan zakat. Namun persamaannya ialah mengagihkan zakat kepada asnaf yang bermastautin di negeri masing-masing.

Sentimen Agama & Bangsa?

Merujuk kepada pihak cuba memainkan sentimen agama dan bangsa dengan posting tersebut, mereka dilihat berusaha meraih ‘likers’ ke fanpage facebook. Ini dikenalpasti sebagai persiapan mereka untuk PRU14 kelak.

Apakah sebenarnya yang cuba dimainkan? Sebuah video yang dikeluarkan oleh ubah.tv menampilkan Rara @ Young Syefura Othman dengan tajuk ‘Isu agama & kaum, ada aku kisah??? mengutuk sekeras-keras manipulasi isu agama dan perkauman.

 

wajar ke rara

PH menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih undi? Sedangkan Rara mencanangkan dalam video tersebut seolah-olah pihak kerajaan iaitu UMNO dan Barisan Nasional yang menggunakan isu kaum dan agama untuk menang pilihanraya.

Siapa sebenarnya yang memainkan isu Agama dan perkauman???

 

 

Categorised in: Artikel, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 7,337 hits
%d bloggers like this: