DILEMA ASNAF MUALLAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

Siapa tidak kenal Bilal bin Rabah R.A. Seorang sahabat Nabi SAW yang cukup terkenal dengan laungan azannya yang bergema sehingga ke arash. Walaupun suaranya tidak merdu, namun keikhlasan dan kejujurannya membezakan laungan azannya dengan sahabat yang lain.

Bilal dibesarkan di Mekah sebagai hamba kepada Amit bin Khalaf. Beliau adalah di antara mereka yang paling awal memeluk Islam dan paling banyak menerima seksaan dan kekejaman musyrikin sehinggalah dimerdekakan oleh Abu Bakar As-Siddiq.

Keperitan dan kepahitan sebagai Muallaf diterima oleh Bilal tanpa sedikit keraguan terhadap Islam. Walaupun dijemur di bawah panas terik matahari dengan dipakaikan baju besi sambil dipukul dengan cemeti, beliau masih menyebut; Allah yang Maha Esa (ahad…ahad).

1-112

Ini adalah teladan terbaik yang ditunjukkan oleh Bilal sebagai seorang Muallaf dalam keadaan Muslim adalah minoriti malah paling sedikit.

Realiti Muallaf sekarang cukup berbeza terutama di Malaysia. Malahan Islam agama bagi Malaysia, di mana Muslim adalah majoriti.

Saguhati Dan Tawaran JAWI

Di Wilayah Persekutuan, pengurusan yang melibatkan Muallaf ditadbir oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). JAWI melalui Cawangan Pengurusan Saudara Baru menggunakan dana Zakat di bawah Asnaf Muallaf menawarkan :

  1. Saguhati Pendaftaran Pengislaman

Selesai proses pendaftaran pengislaman Muallaf diberikan saguhati dengan kadar yang berdasarkan peringkat umur. Bagi yang berumur 18 tahun ke atas, mereka akan menerima RM1,500 seorang. Manakala yang berumur 8 – 17 tahun, mereka yang menerima RM1,000 seorang dan RM500 bagi yang berumur 7 tahun ke bawah.

  1. Kit Pengislaman

Seusai pengislaman di JAWI, Muallaf @ saudara baru akan menerima kit pengislaman yang bernilai RM150, mengandungi barangan keperluan sebagai seorang Islam.

Lelaki – Sejadah, Pelikat, Baju, Buku Asas Fardhu Ain, Buku Panduan Solat dan Muqaddam.

Perempuan – Sejadah, Telekung, Buku Asas Fardhu Ain, Buku Panduan Solat dan Muqaddam.

  1. Elaun Hadir Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain

Saudara baru yang mengikuti kelas yang dijalankan oleh JAWI akan menerima elaun hadir ke kelas dengan kadar RM50.00 sehari.

  1. Kit Pengajian

Kit pengajian hanya diberikan kepada saudar baru yang ingin mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan oleh JAWI. Setiap kit ini bernilai RM250.

  1. Pusat Pengajian dan Penginapan Sementara Kepada Muallaf

Saudara baru turut ditawarkan penginapan sementara bagi mereka yang ingin mengikuti kelas pengajian di Kompleks Darul Hidayah MAIWP, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Penginapan termasuk makan minum disediakan. Penyediaan makan minum penghuni Darul Hidayah adalah dengan kadar RM20.00 seorang setiap hari.

  1. Sumbangan Ziarah Muallaf Sakit dan Bermasalah

Cawangan Pengurusan Saudara Baru JAWI turut turun menziarahi saudara baru yang ditimpa musibah. Setiap kali pegawai JAWI turun sumbangan berbentuk barangan dan tunai bernilai RM300 setiap keluarga.

  1. Pelbagai Program dan Aktiviti Pengukuhan Akidah

Cawangan Pengurusan Saudara Baru JAWI juga merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti melibatkan saudara baru yang berdaftar dengan JAWI. Selain mengeratkan silaturahim, mereka mengikuti aktivti santai sebagai pengukuhan kepada apa yang diajar. Pendek kata praktikal kepada teori.

Bantuan Secara Langsung Daripada MAIWP

Tidak cukup dengan itu, MAIWP secara langsung membantu asnaf termasuk Muallaf di Wilayah Persekutuan. MAIWP menawarkan 28 Skim Bantuan Zakat kepada Muallaf dengan syarat bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Antara tawaran bantuan zakat yang menarik ialah Bantuan Kewangan Bulanan untuk asnaf Muallaf diberikan tanpa mengira Had Kifayah. Manakala pemberian bantuan yang sama untuk asnaf lain adalah tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah.

Had Kifayah adalah kadar kecukupan perbelanjaan seseorang dan keluarganya dalam tempoh sebulan. Kadar ini dinilai dengan mengambil kira keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan.

Keistimewaan Muallaf ini turut diambil kira dalam Had Kifayah. Ringkasnya, Muallaf di Wilayah Persekutuan cukup ‘special’ malahan tiada tempoh yang terhad untuk diambilkira sebagai Muallaf.

Inilah kemudahan dan bantuan yang ditawarkan oleh institusi agama di Wilayah Persekutuan. Apakah Muallaf di Wilayah Persekutuan terseksa dan diabaikan???

Categorised in: Artikel, Bantuan, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: