GERAKWANIS CARI PENAJA BANTU ASNAF PELAJARI AL-QURAN

Usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf tidak hanya tertumpu kepada sosio ekonomi. Malah aspek lain turut diberikan perhatian. Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) mencari penaja kepada Program Kemahiran Membaca Al-Quran bagi membantu golongan asnaf wanita mengikuti program tersebut seterusnya melayakkan mereka bertugas sebagai guru agama.

Gerakwanis

Usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada asnaf wanita ini mendalami pengajian Al-Quran, tetapi bakal membantu mereka untuk bergiat sebagai guru agama.

Program Kemahiran Membaca Al-Quran yang dijalankan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) melibatkan 60 wanita termasuk asnaf, ibu tunggal dan individu tiada pendapatan .

Dengan mengikuti kursus selama tiga semester (18 bulan), membolehkan mereka menjadi guru agama di kawasan perumahan awam dan Program Perumahan Rakyat (PPR), sebaik sahaja tamat pengajian.

Pengerusi Gerakwanis, Bibi Sunita Sakandar Khan, berkata semua wanita terbabit sudah menamatkan pengajian semester pertama dan akan memasuki semester kedua bulan Januari ini.

Setiap kali tamat semester, peserta akan diberikan sijil dan apabila cukup tiga semester pengajian, mereka layak untuk menjadi tenaga pengajar di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Gerakwanis akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) supaya peserta diterima sebagai tenaga pengajar KAFA apabila tamat pengajian.

Memandangkan mereka adalah golongan asnaf dan menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal jadi apabila mereka diterima sebagai tenaga pengajar KAFA, secara tidak langsung membantu mereka keluar daripada golongan asnaf” katanya.

Sokongan JAWI & MAIWP

Bibi Sunita berharap, pihak JAWI dan MAIWP dapat memberi sokongan kepada usaha Gerakwanis untuk menjadikan peserta ini sebagai guru KAFA apabila mereka menamatkan pengajian selama satu setengah tahun ini.

Katanya, kebanyakan peserta dalam kalangan mereka yang tinggal di PPR dan tiada pendapatan sendiri, jadi apabila memasuki program intensif mereka berpeluang mengubah nasib keluarga.

“Mereka adalah golongan asnaf, susah, ibu tunggal dan tiada pendapatan, jika ada elaun sebagai guru KAFA, mereka mampu keluar daripada kemiskinan.

“Ini akan membantu asnaf lain yang memerlukan bantuan mendapat manfaat sepatutnya. Mereka juga boleh meluangkan masa dan tenaga untuk manfaat anak di kawasan terbabit” katanya.

Justeru, beliau berharap mereka akan diberi peluang menjadi guru KAFA dan mengajar di kawasan tempat tinggal mereka di PPR.

Ia selari dengan matlamat program berkenaan yang bertujuan membantu wanita golongan asnaf mengajar penduduk setempat mengaji al-Quran dan mempunyai pendapatan sendiri.

Selain itu, program terbabit juga langkah terbaik membantu menangani masalah gejala sosial di kawasan perumahan berkenaan, memandangkan tenaga pengajar agama adalah penduduk di kawasan berkenaan.

“Kita membantu wanita ini mendapatkan pengajian secara percuma. Gerakwanis berusaha mendapatkan penaja bagi membiayai pengajian mereka.

“Kebanyakan peserta sebelum ini mengajar mengaji dan muqaddam untuk kanak-kanak.

“Dengan mengikuti pengajian ini, mereka bukan sahaja mahir dalam bidang itu, malah akan mendapat pengajian kemahiran mengaji dan mengajar secara lebih tersusun serta bersistematik daripada UM” katanya.

Bibi Sunita mengalu-alukan pelbagai pihak menaja kos pembiayaan peserta terbabit, bagi membolehkan program berkenaan dijalankan secara berterusan.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Gerakwanis di talian 0123064662.

Sumber – Berita Harian.

Categorised in: Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,835 hits
%d bloggers like this: