LEBIH 50 RAKAN JALANAN DAPAT KERJA

Lebih 50 gelandangan setakat ini berjaya mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kerja lain yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Empire Project, Mohd Ashraff Khan Md Najib, berkata kejayaan itu dicapai pihaknya dengan kerjasama NGO lain untuk membantu gelandangan yang ingin mengubah nasib diri menerusi peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh organisasi swasta.

Katanya, cabaran tahun baru yang dihadapi kali ini adalah untuk menyatukan NGO aktif bagi merancakkan kerja kebajikan.

 

“Banyak NGO memiliki kekuatan, dana dan pengikut yang tersendiri. Kita punya misi untuk rapatkan hubungan supaya masing-masing dapat sumbangkan kepakaran, sekali gus saling melengkapi antara satu sama lain.

“Kita bantu naikkan NGO kecil yang ingin bergiat aktif dalam kerja sukarela kerana pusat transit memerlukan bantuan kita untuk terus beroperasi dengan baik.

“Cabaran ini bukannya mudah namun kita akan terus bantu gelandangan supaya mereka dapat berdikari, bekerja dan keluar daripada kesulitan hidup,” katanya yang ditemui BH Plus ketika meraikan 130 gelandangan sempena sambutan tahun baharu di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Mohd Ashraff Khan, berkata majlis makan malam ringkas diikuti sesi karaoke itu dianjurkan setiap tahun untuk menggembirakan penghuni pusat transit berkenaan.

“Tahun ini sambutannya ringkas sahaja, sukarelawan hidangkan makan malam diikuti sesi karaoke sementara menunggu detik tengah malam.

“Jangan terkejut kerana kebanyakan penghuni memiliki suara yang ‘power’ dan masing-masing ternyata terhibur dengan aktiviti yang dilaksanakan,” katanya.

Selain bantuan kebajikan, projek Food Bank dan bantuan Aidilfitri serta persekolahan menjadi antara agenda utama bagi NGO yang sudah aktif secara rasmi sejak dua tahun lalu.

INFO

  • 130 gelandangan diraikan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur menjelang sambutan tahun baharu.
  • Lebih 50 orang yang hidup gelandangan sudah mendapat pekerjaan.

Sumber : Berita Harian

Categorised in: Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,835 hits
%d bloggers like this: