CAJ BERSALIN RM15 SAHAJA DI PUSAT BERSALIN BERISIKO RENDAH 1 MALAYSIA, MAIWP-HOSPITAL PUTRAJAYA

Kualiti perkhidmatan yang disediakan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)-Hospital Putrajaya (PBBR1M) di Presint 8, Putrajaya, setaraf hospital swasta.

Caj yang dikenakan juga cukup murah hanya RM15.

Hospital Bersalin Berisiko Rendah

Puan Arbayiah Ba’ai, 34, seorang kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bersalin anak ketiganya telah mengakui perkara itu.

Arbayiah yang bersalin 3 tahun lalu di PBBR1M berkata, meskipun beroperasi di bangunan berbentuk perumahan (kuarters), kemudahan yang disediakan adalah mencukupi dan setaraf klinik swasta.

Sebelum dirujuk ke PBBR1M , pemeriksaan di klinik kesihatan awam  perlu dilakukakan untuk memastikan ibu yang mengandung memiliki rekod kesihatan yang baik.

“PBBR1M ini untuk ibu mengandung yang berisiko rendah ketika bersalin, iaitu tidak mempunyai risiko komplikasi kesihatan dan sebagainya.

“Tidak semua ibu mengandung boleh bersalin di PBBR1M kerana perlu melalui saringan ketat dan hanya yang betul-betul sihat saja yang diterima masuk,”

Menurut Arbayiah, bayaran deposit kemasukan yang dikenakan untuk orang awam hanyalah RM15 saja, caj harian untuk bilik adalah RM3 manakala untuk kakitangan awam atau pesara kerajaan adalah percuma.

Untuk bersalin biasa pula, tiada bayaran dikenakan bagi kakitangan awam. Orang awam pula dikenakan caj semurah RM10 saja.

“Pendek kata, untuk kakitangan awam, kami menikmati semua kemudahan secara percuma, manakala orang awam dikenakan bayaran yang minimum saja.

“Begitupun, kualiti perkhidmatan adalah setaraf hospital swasta lain dan setiap ibu yang bersalin di PBBR1M diberikan sebuah bilik yang cukup selesa dilengkapi kipas serta penghawa dingin.

“Ia tak ubah seperti berada di rumah sendiri dan memberi keselesaan kepada kami sekeluarga,” katanya.

BILIK HOSPITAL BERSALIN

Puan Norhayani Ismail yang bersalin pada April tahun lalu turut mengakui perkara ini.

“Saya memang tak sangka pun, katil di sini 3rd class. Dengan keselesaan bilik saya duduk di katil seorang” katanya.

Tagged as: , , , ,

Categorised in: Artikel, Berita, Utama, Video

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: