BEDAH KATARAK SERENDAH RM103

MAIWP dan Hospital Selayang telah mencipta sejarah dengan kejayaan mewujudkan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang (PPKMHS) dengan kos pembedahan serendah RM103 berbanding kadar biasa lebih RM2,000.

Pusat Pembedahan Katarak MAIWP HSSejak mula beroperasi pada 16 Januari 2013, PPKMHS berjaya mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan terutamanya Hospital Selayang.

Sebelum ini, Hospital Selayang merupakan tempat rujukan pesakit yang mengalami komplikasi mata termasuk katarak.

Peningkatan bilangan pesakit katarak menyebabkan tempoh menunggu semakin lama sehingga ke setahun. Pesakit katarak memerlukan pembedahan bagi membuang dan mengantikan kanta mata baru.

Di klinik swasta, pembedahan katarak menelan belanja sehingga ke RM8,000.

Pesakit KatarakPPKHMS mampu melakukan pembedahan katarak sehingga 30 kes sehari. Keupayaan ini telah mengurangkan bilangan pesakit katarak yang menunggu. Ini juga telah mengurangkan masa menunggu untuk pembedahan daripada 4 bulan ke 2 minggu.

Inisiatif MAIWP dengan menubuhkan PPKMHS ini bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ buat pesakit katarak. Dengan kos sebanyak RM9.8 juta, MAIWP berjaya mengagihkan zakat melalui aspek kesihatan kepada masyarakat.

Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang ini tidak jauh dari TESCO Extra Selayang, Off Jalan Ipoh dari Kuala Lumpur menghala ke Selayang. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi pusat ini di talian 03-6251 2393.

Tagged as: , , , , , ,

Categorised in: Artikel, Bantuan, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 2,138 hits
%d bloggers like this: