PELAJAR PONDOK MODEN AL-A’BAQIRAH-MAIWP CEMERLANG STAM

Dua pelajar kelompok pertama Pondok Moden Al-A’baqirah (PMA) – MAIWP telah lulus dengan cemerlang (Mumtaz) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017.

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan STAM PMA-MAIWP telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail.

Ini merupakan sejarah yang baru ditempa oleh PMA-MAIWP. Malahan PMA-MAIWP adalah Pusat Peperiksaan STAM pertama di Wilayah Persekutuan.

Dua orang pelajar telah mendapat Pangkat MUMTAZ ialah Muhammad Rushdan bin Amir & Ikhwan Haziq bin Mohamad Hakim. Manakala 8 orang lagi mendapat pangkat Jayyid Jiddan. Keseluruhan pelajar yang mengambil STAM adalah 21 orang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Bahagian Pembangunan & Pelaburan MAIWP, En. Ir Abd Karim bin Mohamad, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan & Pelaburan MAIWP, En. Mohd Rodzi bin Osman dan wakil dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP).

PMA MAIWP STAM

 

Tagged as: , , ,

Categorised in: Artikel, Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: