KISAH REALITI PIHAK ZAKAT,WARTAWAN & NETIZEN

Kali ini Kisah Zakat Malaysia membawa penceritaan realiti yang berlaku di Bukit Rambai Melaka.

Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka – Rasmi(MAIM) seperti biasa samada terima aduan atau tidak, mereka pasti akan turun menyantuni asnaf.

Pada 19 & 21 Januari 2018, MAIM telah menziarahi keluarga yang dilaporkan ibunya merajuk dan meninggalkan rumah sehingga memaksa anak-anaknya bergilir-gilir ponteng sekolah untuk menjaga adik mereka yang masih kecil.

Dalam sesi ziarah itu, MAIM telah menyalurkan pelbagai bantuan zakat kepada keluarga tersebut.

Namun segala usaha pihak MAIM menjadi kecaman oleh netizen apabila wartawan Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan yang datang membuat liputan ke atas keluarga tersebut pada 23hb Januari 2018.

Berita yang ditulis wartawan media tersebut telah dimuatnaik tanpa melaporkan dan bertanyakan mengenai agensi / pihak yang telah membantu keluarga tersebut. Hal ini mengundang cemuhan, kritikan dan makian terhadap agensi / pihak penyalur bantuan.

Oleh itu, wartawan yang melaporkan berkenaan keperitan kehidupan segelintir rakyat yang susah, wajib dan perlu bertanyakan soalan berkenaan agensi / pihak mana yang telah datang membantu.

Seharusnya wartawan perlu mendapatkan pandangan atau pengesahan daripada agensi / pihak berwajib sebelum “sedap menulis” dan muatnaik berita. Sila buat berita / laporan yang penuh dan lengkap.

Ini kerana ada segelintir netizen yang akan mencari salah,mengecam,memaki,memfitnah agensi/pihak berwajib seperti JKM dan pihak zakat tanpa usul periksa.

“JANGAN MENGUNDANG FITNAH KERANA DOSA FITNAH AMATLAH BERAT”

cc: Sinar Harian Harian Metro Utusan Online Harian Metro Online Berita Harian Online Astro AWANI

Tagged as: , , ,

Categorised in: Agama, Berita, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: