KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT KEPADA INSTITUSI ZAKAT

Sebelum zakat ditadbir dan diurus secara lebih sistematik oleh Rasulullah SAW berdasarkan kepada kadar nisab, haul dan had kifayah sebagaimana yang diamalkan sekarang, Negara Islam Madinah bergantung sepenuhnya kepada sumber as-sadaqat (sedekah, sumbangan sukarela) bagi membiayai pentadbiran dan operasinya.

Kewajipan Menunaikan ZakatBaginda SAW pernah memerintahkan beberapa orang sahabatnya untuk keluar memungut as-sadaqat, bagi menampung kos pembangunan dan operasi Kota Madinah termasuk projek infrastruktur yang bakal dilaksanakan.

Namun selepas turunnya wahyu, zakat menjadi suatu kewajipan sebagaimana FirmanNYA;

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. At-Taubah : 103.

Pemerintah melantik amil-amil sebagai pemegang amanah memunggut dan menguruskan zakat bagi kepentingan ekonomi dan maslahah umat Islam.

Jumhur fuqaha’ bersetuju bahawa ayat Al-Quran di atas merupakan dalil wajibnya menunaikan zakat kepada pemerintah.

Dalam konteks di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran zakat dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing sebagaimana Sultan atau Raja di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam.

Selaku Ketua Negara Islam Madinah, Rasulullah SAW berhak mengutip zakat dan melantik amil-amil di kalangan para sahabat Baginda SAW yang terpilih dan memenuhi kriteria tertentu bagi mengurus dan mentadbir hasil mahsul negara.

Dalil di atas juga menjadi hujah kukuh bagi Abu Bakar as-SiddiQ, selaku Ketua Negara Islam Madinah selepas Rasulullah SAW untuk mengutip zakat, sehinggakan beliau berkata;

“Jika mereka enggan membayar walaupun seekor kambing yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah, nescaya akan aku perangi mereka itu”.

Zakat merupakan sumber ekonomi dan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Sebarang elemen dan anasir yang cuba menghakis keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat dianggap sebagai perosak kepada ekonomi umat Islam.

Lebih jauh dari itu, jika mereka bersekongkol dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam menyerang institusi dan organisasi yang menguruskendalikan zakat, maka mereka selayaknya dianggap sebagai musuh Islam.

Justeru itu, timbul persoalan tentang agenda pihak-pihak tertentu yang menggalakkan pembayar zakat menunaikan kewajipan berzakat dengan memberi terus kepada golongan asnaf tanpa melalui amil-amil yang dilantik oleh institusi zakat.

Apa agenda mereka sebenarnya?

Perlu diberikan perhatian juga, amil juga adalah asnaf yang layak menerima zakat.

Tagged as: , ,

Categorised in: Agama, Artikel, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: