MINTA BANTUAN ZAKAT TAK DAPAT, PAKCIK AMBIL DUIT GEREJA DI JOHOR?

Tersebar di media sosial berkenaan kisah pakcik berkopiah masuk gereja di Johor Bahru untuk meminta bantuan RM200 bagi beli ubat isteri dia yang tengah sakit barah payudara.

Sudahkah kita tabayyun dengan info tular sebegini?

Melalui pencarian di alam siber, didapati kisah ini telah dimuatnaik di blog –kopicengkih.blogspot.my– pada 31 Julai 2016. Blog tersebut kini telah tidak aktif, entri terakhir adalah pada 22 Nov 2016.

Goldprince akaun palsuPenulisan tersebut adalah mengambil daripada satu akaun Facebook menggunakan nama Goldprince Boss (sudah pasti ini akaun palsu) yang kini sudah tidak wujud lagi.

Di dalam screenshot Facebook Goldprince Boss itu menyatakan bahawa pakcik berkopiah tersebut mengambil duit RM200 untuk membeli ubat bagi penyakit barah payudara.

#Tabayyun : Bolehkah ubat kanser yang terkawal dibeli di farmasi tanpa deskripsi doktor? Bolehkah ubat kanser dibeli secara runcit sikit-sikit secara mingguan?

Viral Palsu Kotak Lutsinar Gereja Asia Jaya#Tabayyun : Benarkah wujud gereja yang menyediakan tabung untuk mengambil wang dan hanya sekadar menulis di buku log jumlah yang diambil? Pernah dibongkarkan bahawa tidak wujud mana-mana gereja menyediakan kotak lutsinar berisi wang untuk diambil. Penjelasan mengenai pembongkaran kepalsuan viral kotak lutsinar di gereja boleh dibaca di sini.

Ayat-ayat dalam entri blog tersebut (kopicengkih) adalah ‘copy‘ & ‘paste‘ daripada posting Facebook menggunakan nama Saff Rainz. Penjelasan mengenai Saff Rainz boleh diikuti di sini.

Penjelasan terhadap dakwaan Saff Rainz  boleh diikuti di sini.

Benarkah Gereja Mudah Beri Bantuan?

Berbalik kepada kisah gereja beri bantuan, sebenarnya tiada kebenaran terhadap mitos yang selalu kita dengar bahawa gereja beri bantuan dengan mudah. Sekadar tulis nama di buku log dan terus ambil duit berapa sahaja diperlukan.

Seperti yang dijelaskan di atas, sebenarnya tidak pernah wujud mana-mana gereja menyediakan kotak lutsinar berisi wang untuk diambil.

Gereja Sahkan Tiada Bantuan Duit TunaiJika pun ada bantuan yang ditawarkan oleh pihak gereja, ianya tidak semudah itu. Paderi @ pihak gereja akan merujuk mana-mana individu yang perlukan duit kepada pihak NGO mereka. Yang jelasnya duit bantuan akan disalurkan melalui bank bukan secara tunai.

Gereja bukan tempat menyimpan duit. Jika benar, kita akan selalu dengar berita gereja dimasuki pencuri. Hasil diskusi antara agama merungkaikan mitos ini. Boleh ikuti penjelasan di sini.

Sikap Orang Kita

Penulisan tanpa bukti dan maklumat lengkap pun masih ramai netizen percaya asalkan info yang diterima berunsur negatif dan meraih simpati.

Jangan menghukum jika tidak tahu jalan cerita yang sebenar. Kaji dulu berita datang dari mana, jika sumber pun tidak tahu siapa, jangan mudah melatah, semak dahulu sebelum percaya dan sebelum sambung sebar.

 

Tagged as: , , ,

Categorised in: Artikel, Utama, Viral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 7,337 hits
%d bloggers like this: