VIRAL LAGI POSTING SAFF RAINZ

BERITA TIDAK BENAR DISEBAR SEMULA
 
Tular semula sekarang ini posting Renungan Sentap yang ditulis oleh pengguna FB Saff Rainz tentang pengurusan zakat.
 
Posting ini sudah tersebar sejak tahun 2015 dan MAIWP telah memberi penjelasan. Saff Rainz sendiri telah menyiarkan maklumbalas MAIWP di wall FB seperti gambar dan kemudiannya didapati akaun FB tersebut telah ditutup.
Saff rains
 
Beberapa blog turut memetik topik yang sama sejak 21 Februari 2018, tidak diketahui apakah motif blog2 tersebut.
 
Di awal tulisan tersebut memuatkan kisah yang tidak pasti kesahihannya tentang seorang pakcik yang didakwa mendapatkan bantuan dari gereja di Johor.
 
Kemudian tulisan seterusnya satu persatu “copy paste” posting Saff Rainz yang menyalahkan agensi zakat.
 
Memandangkan ia masih viral, maka MAIWP sebagai salah satu agensi di Malaysia yang bertanggungjawab dalam menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan mengemukakan sekali lagi maklumbalas sepertimana yang pernah dikemukakan pada tahun 2016.
 

MASUK KERJA JAM 7 BALIK 5 PETANG, PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT APA

Sebagaimana yang ditulis, perkara ini merupakan satu dakwaan melulu. Di MAIWP, kami menerima lebih 300 orang pemohon bantuan yang datang ke kaunter setiap hari. Tidak ada masa untuk kami melakukan apa yang didakwa.

MENCARI ASNAF

Seperti yang dimaklumkan, di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk mencari mereka yang susah dan tercicir ini bukti pegawai MAIWP bukan hanya tunggu di pejabat.
MAIWP buka talian hotline untuk memudahkan orang melaporkan kalau ada di kawasan mereka yang berada dalam kesusahan. Tapi ini bukan bermaksud MAIWP tidak mencari, cuma MAIWP turut mengharapkan kerjasama orang ramai untuk salurkan msklumat sekiranya terlepas pandang.
 

BANTUAN BERBULAN-BULAN BARU DAPAT

 
Di Wilayah Persekutuan, kelulusan bantuan akan diberikan dalam tempoh 5 hari setelah dokumen lengkap dan bantuan akan disalurkan kepada penerima dalam 2 minggu. Jadi di mana asas dakwaan ini?
 

WANG UNTUK PELAJAR KENA BERI TANPA BAYAR BALIK

 
Sememangnya bantuan-bantuan zakat di MAIWP kesemuanya tidak perlu dibayar balik termasuk bantuan pelajaran, perniagaan dan lain2.
 

BANGUNAN PEJABAT ZAKAT DAN GAJI

 
Telah diperuntukkan dalam asnaf zakat iaitu bahagian amil untuk digunakan bagi membiayai pengurusan institusi zakat. Tapi jumlah yang boleh digunakan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan bukan sewenang2nya digunakan.
MAIWP sentiasa diaudit dan telah menerima Sijil Audit Bersih 11 tahun berturut2 dan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan daripada Jabatan Audit Negara 3 tahun berturut-turut.
 

KEBANYAKAN BANTUAN BUKAN DARI PUSAT ZAKAT

 
Percaya atau tidak, sebahagian besar kes yang keluar di akhbar bila disemak mendapati mereka sebenarnya telah menerima bantuan zakat.
 

SKANDAL WANG PALESTIN HILANG

 
Perkara ini tidak berlaku di MAIWP dan mohon ia dapat dirujuk terus kepada negeri yang berkaitan.
 
Maka inilah antara maklumbalas yang MAIWP boleh berikan bagi menjawab tulisan viral berkenaan. Harus diingat pengurusan zakat adalah di bawah bidang kuasa negeri masing2 dan bagi memudahkan maklumbalas diberikan dengan tepat, sewajarnya ia ditujukan kepada agensi zakat di negeri berkaitan dan tidak “pukul rata” semua agensi zakat.
 
Tolong sama-sama “share” untuk sama-sama beri penjelasan.
 
Jangan hanya sebarkan perkara yang negatif, yang positif didiamkan.
 

Tagged as: , , , ,

Categorised in: Artikel, Bantuan, Utama, Viral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,835 hits
%d bloggers like this: