SIAPA KATA HARTA DAN ASET TIDAK DIBAWA KE MATI?

Pak Abu merupakan pemilik gudang pakaian dan tekstil terbesar di Kuala Lumpur. Terkenal sebagai seorang pembayar zakat dan dermawan yang istiqamah. Terlihat harta itu seperti tidak berharga bagi beliau dan seolah dunia tiada di mata apatah lagi bertahta di hati. Mungkin ini pandangan mata dari sudut orang yang dunianya di tangan & akhiratnya di hati.

Maka, beberapa orang bertanya pada beliau untuk belajar bagaimana Pak Abu boleh berjaya dalam perniagaan, tidak cinta pada harta kekayaan & ringan untuk berzakat serta bersedekah.

Jawab Pak Abu (sambil ketawa): “Kamu salah alamat bertanya perkara ini”. Mereka bertanya: “Kenapa Pak Abu, apa salahnya”. Jawab Pak Abu: “Saya seorang yang SANGAT SUKA DAN CINTAKAN HARTA DUNIA, saya sayang aset yang saya miliki”.

Sebab apa. Kerana sayangnya saya pada harta SEHINGGAKAN SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. SAYA NAK BAWA HARTA SAYA MATI BERSAMA KE DALAM KUBUR.

Jadi, bagi membolehkan saya membawa harta itu bersama saya & tidak mahu berpisah dengan kekayaan yang saya ada, maka sementara saya masih hidup, saya titipkan dulu harta saya.

Tumpangkan pada Pusat Pungutan Zakat bagi kegunaan asnaf zakat

Tumpangkan pada rumah-rumah anak yatim, orang tua & guru-guru agama

Tumpangkan pada surau, madrasah & pusat pengajian

Tumpang pada pejuang-pejuang Fisabilillah

Tumpangkan pada mereka yang rajin melaksanakan ibadah

Tumpangkan kepada saudara mara dan sahabat handai yang sedang sakit di hospital.

Alhamdulillah, semua yang saya tumpangkan harta saya mereka menerimanya dengan senang hati & bersedia dengan amanah tersebut. InShaaAllah, semoga apa yang saya tumpangkan DI AKHIRAT NANTI ALLAH BERI SAYA UNTUK SAYA BOLEH AMBIL BALIK APA-APA YANG SAYA TUMPANGKAN DULU.

Saya ingin kekayaan saya ini dapat dinikmati berlipat kali ganda di alam kubur dan di akhirat sana. Jadi, “SIAPA KATA HARTA DAN ASET TIDAK DIBAWA KE MATI”. Harta itu boleh dibawa ke mati…CARANYA???

JANGAN BAWA SENDIRI. MINTA TOLONG TUMPANGKAN PADA PIHAK DAN ORANG LAIN MELALUI PENYEMPURNAAN BERZAKAT (WAJIB) DAN BERSEDEKAH (SUNAT). Tapi JANGAN SALAH TUMPANG, tak ke mana nanti.

Minta mereka bawakan untuk saya kerana anak dan keluarga saya cuma bagi saya PAKAI KAIN PUTIH SAHAJA …

NUKILAN : KONSEP DAN HAKIKAT HARTA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 7,899 hits
%d bloggers like this: