‘Terima kasih beri peluang ini’

“Ruang yang ada ini memang ditunggu-tunggu penggiat seni. Saya akan gunakan peluang sebagai ikon Gerakan Tunai Zakat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menggalakkan ramai orang membayar zakat dan ini juga kerja yang baik.

“Semua ini untuk manfaat kita bersama. Kena angkat perkara ini supaya diketahui masyarakat. Satu permulaan yang baik untuk kita suburkan amalan membayar zakat. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya,” kata pelakon dan pelawak Saiful Apek.

Pelawak tersohor itu dilantik sebagai ikon untuk menggerakkan Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan (SPPZ) 2018 anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama PPIM bertujuan menggalakkan lebih ramai peniaga dan pemilik syarikat membayar zakat.

Menurutnya, peluang diberikan akan digunakan sebaik mungkin kerana di dalam industri seni sendiri, pelbagai isu perlu diberi perhatian termasuk soal kebajikan artis.

Katanya, hasil perbincangan dan taklimat bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan hari ini, dia yakin usaha itu mendapat sambutan apatah lagi, isu pembayaran zakat perlu diberi keutamaan termasuk mereka yang berada dalam industri seni.

“Saya faham konsep dan dasarnya, apatah lagi disokong PPIM sendiri yang kita tahu gerak kerjanya terbukti dalam membantu pengguna di negara ini. Ini bukan saja soal pengguna atau pun produk, ia merangkumi kebajikan artis, kerana kita juga perlukannya.

“Dalam industri ini bermacam kes berlaku tetapi saya rasa soal bayar zakat ini seperti terlepas pandang. Jadi saya akan cuba buat yang terbaik menggunakan platform baru ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat PPIM Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada pertemuan itu, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusof, mendengar taklimat mengenai kempen berkenaan yang dijalankan selama tiga bulan, berakhir pertengahan Mei depan.

Antara pengisiannya termasuklah program turun padang, berkunjung dari pintu ke pintu untuk berjumpa peniaga dan masyarakat dalam memberi kesedaran mengenai kewajipan menunaikan rukun Islam itu.

Minggu lalu, PPZ-MAIWP bersama PPIM menemui peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Wisma Yakin untuk memberi kesedaran betapa pentingnya membayar zakat serta hikmah menyucikan harta.

Sementara itu, Nadzim berkata, program Ziarah Zakat akan diteruskan di Kompleks Keramat Mall di ibu negara Selasa depan untuk berjumpa dengan usahawan dan peniaga di situ.

Katanya, selepas ini, program sama akan dijalankan di beberapa lokasi lain dan pihaknya mensasarkan sehingga 60,000 peniaga kecil khususnya di Wilayah Persekutuan menjadi pembayar zakat.

Nadzim berkata, pihaknya sasaran itu dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan sekali gus menjayakan program dianjurkan.

Kredit: Harian Metro Pusat Pungutan Zakat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 7,899 hits
%d bloggers like this: