Zakat : Siapakah Muallaf?

Muallaf ialah satu daripada lapan golongan yang layak menerima zakat. Islam mengambil berat terhadap muallaf yang merupakan salah satu landasan dakwah. Muallaf dianggap ‘special’ disebabkan mereka mungkin kehilangan kerja dan diabaikan oleh keluarga sendiri.

Golongan mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau keyakinan hatinya dapat bertambah terhadap Islam.

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakat menjelaskan Muallaf secara umumnya kepada 3 kategori berikut:

Pertama :

Golongan yang diharapkan keIslamannya atau keIslaman keluarga serta kaumnya. Ini seperti yang berlaku kepada Safwan bin Umayyah yang pada masa pembukaan Kota Mekah diberikan keamanan oleh Rasulullah SAW dan diberi masa untuk memikirkan tentang dirinya (sama ada mahu memeluk atau sebaliknya).

Kemudian beliau kembali bertemu Nabi dan turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Hunain, yang ketika itu beliau masih belum lagi memeluk Islam.

Kemudian Rasulullah SAW memberinya sejumlah unta yang banyak dari sebuah lembah (wadi), sambil menyatakan ini adalah pemberian orang yang tidak takut akan kefakiran. Dengan pemberian itu Safwan bin Umayyah memeluk Islam.

Kedua :

Golongan orang yang ditakuti akan kejahatan mereka. Mereka ini dimasukkan ke dalam kelompok penerima zakat, dengan harapan dapat mencegah kejahatannya.

Dalam riwayat Ibnu Abbas dikatakan, bahawa ada suatu kaum datang kepada Nabi SAW yang apabila mereka diberi bahagian dari zakat, mereka memuji Islam dengan menyatakan: “Inilah agama yang baik!” Akan tetapi apabila mereka tidak diberi, mereka mencelanya sebagaimana yang disebut dalam ayat 58, surah At Taubah.

Ketiga :

Golongan orang yang baru memeluk Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam.

Ini kerana setiap orang yang baru memeluk Islam sesungguhnya telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang menjadi miliknya dari kedua orang tua dan keluarganya.

Dimusuhi keluarga dan diputuskan rezekinya. Tidak dapat diragukan lagi, bahawa orang yang merelakan dirinya dan meninggalkan dunianya semata-mata kerana Allah sangat perlu diberi perlindungan dan pertolongan.

Saidina Umar Al-Khattab telah membatalkan pemberian zakat kepada asnaf mualaf. Apakah bahagian golongan mualaf ini telah dimansuhkan selepas kewafatan Rasulullah SAW?

Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar sebenarnya bukan memansuhkan asnaf mualaf dari ketetapan yang telah dibuat oleh al-Quran.

Sebenarnya apa yang dibuat oleh Umar pada masa pemerintahannya ialah beliau tidak lagi memberi zakat kepada golongan ini kerana menurut pendapatnya bahawa Islam sudah kuat dan tidak perlu lagi untuk dipujuk hati golongan bukan Islam seperti yang berlaku di zaman Nabi SAW.

Begitu juga menurut beliau mualaf itu bukan sesuatu yang bersifat tetap, dan tidak bermakna seorang yang mualaf pada suatu masa, tetap mualaf pula pada masa lain.

14469685_863924087040992_6224523877013503349_n

Namun begitu terdapat pandangan ulama yang menyatakan bahawa keperluan untuk menjinakkan hati golongan bukan Islam tidak terhenti. Sebabnya, ini termasuk dalam tugas dakwah Islam yang akan mengeluarkan golongan bukan Islam dari lembah kekufuran kepada cahaya Islam.

Tagged as: , ,

Categorised in: Agama, Artikel, Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 7,337 hits
%d bloggers like this: