Tiada kesedaran punca peniaga tidak bayar zakat

Tiada kesedaran punca peniaga tidak bayar zakat

KUALA LUMPUR 13 Mac – Tiada kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat merupakan punca utama masih ramai kalangan peniaga beragama Islam tidak menunaikan tanggungjawab tersebut walaupun perniagaan mereka berjaya.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali berkata, para peniaga terbabit harus diberi kesedaran bahawa keuntungan daripada muamalat mereka adalah hak yang wajib dikongsi dengan golongan asnaf.

“Pembayaran zakat perniagaan juga sebahagian daripada jalan untuk mendapat keberkatan Allah,” katanya dalam sidang akhbar sempena Operasi Ziarah Zakat Siri 2 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Sebanyak 42 pemilik perniagaan dikunjungi PPZ-MAIWP dalam operasi diadakan di sekitar Wangsa Maju.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha me­nyantuni prospek zakat untuk meningkatkan keseda­ran mengenai kepen­tingan membayar zakat dan menunaikan Rukun Islam ketiga.

Dalam program tersebut, risalah berkaitan fungsi dan kaedah membuat pembayaran zakat diedarkan kepada para peniaga.

Kerjasama PPZ-MAIWP dan PPIM berkenaan akan diteruskan sehingga 15 Mei ini sebagai sebahagian daripada usaha menyokong Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan.

___________________________________

Berzakat secara online di :
🌐www.zakat.com.my

Talian zakat :☎ 1300885757

1 Response »

  1. Menumbuhkan kesadaraan berzakat sangat berat, kira kira penulis punya trik tidak untuk menyadarkan para muzakki untuk membayar zakat?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 12,993 hits
%d bloggers like this: