ZAKAT : PENCERAHAN BERKAITAN BEBERAPA ISU VIRAL DI MEDIA SOSIAL:

ZAKAT : PENCERAHAN BERKAITAN BEBERAPA ISU VIRAL DI MEDIA SOSIAL:

Sering kali kita dapati berlaku kes-kes viral di media sosial berkaitan isu golongan asnaf terutama di Wilayah Persekutuan samada oleh individu,NGO atau wartawan media. Jadi kami terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan agar tidak mengelirukan golongan netizen di luar sana.

Sesungguhnya kami TIADA masalah dengan kes viral tersebut bahkan kami jadikan itu sebagai sumber maklumat bagi Skuad Jejak Asnaf kami bergerak untuk menjejaki dan menyantuni mereka segera. Tapi malangnya, beberapa kes yang viral itu (walau dengan niat yang baik) menjadi medan dan ruang para netizen menghentam dan memfitnah serta mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk dibaca mengecam institusi zakat.

Ada beberapa kes yang diviralkan secara berulang-ulang saban tahun, sedangkan kes itu telah diambil tindakan dan mereka telah dan sedang menerima bantuan dari kami. Tetapi bagi netizen yang tidak mengetahui isu sebenar terus menuding jari seolah-olah institusi zakat tidak menjalankan tugas.

Walaupun mentularkan sesuatu kes semacam sudah menjadi “trend” di media sosial dan dianggap sebagai satu KUASA, tapi itu bukanlah satu cara yang terbaik bagi membantu golongan asnaf. Netizen boleh saje memaklumkan secara direct kepada kami sama ada untuk memberi info atau mendapatkan info berkaitan seseorang asnaf. Insya Allah kami akan ambil tindakan dengan SEGERA.

Sebagai sebuah institusi yang lebih dekat dengan kehidupan golongan asnaf, kami cukup berpenglaman dalam menangani isu-isu mereka. Kami menyimpan beberapa cerita dan hanya “up”kan sebahagian saje cerita mereka bagi menutup aib mereka dan keluarga mereka. Tetapi apabila diasak dan difitnah dengan pelbagai kata, kadang-kadang kami terpaksa buka cerita sebenar bagi mengelakkan perkara lain pula yang mungkin akan berlaku. Ini secara tidak langsung membuka aib mereka. Bukankah itu satu cara yang amat tidak baik…?

Untuk itu, suka kami mohonkan agar mana-mana netizen, NGO atau wartawan media yang terjumpa mana-mana orang yang memerlukan bantuan, boleh hubungi kami secara direct untuk salurkan info atau untuk mendapatkan info.

Semoga segala usaha bakti kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Aamiin…

sumber: FB BAITULMAL MAIWP

Cc: Harian Metro Harian Metro Online Berita Harian Berita Harian Online Sinar Harian sinar.tv Astro AWANI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: