VIRAL MAKCIK RADZIAH BABA

Minggu lepas, kisah makcik Radziah Baba diviralkan semula. Kali ini dengan notis tunggakan sewa rumah DBKL.

Kisah makcik Radziah ini telah viral pada bulan Ogos 2017. Baitulmal MAIWP telah memuatnaik penjelasan pada 26 Ogos 2017. Ditegaskan Puan Radziah Baba adalah penerima bantuan daripada Baitulmal MAIWP sejak 2012.

Viral 2017Viral pada Ogos tahun lepas dengan notis tunggakan bil air (notis kunci air). Dan viral kali ini dengan notis tunggakan sewa rumah DBKL.

Kedua-dua viral ini melibatkan pihak NGO yang menagih derma & sumbangan daripada orang ramai. Ini telah mengundang komentar dan kritikan sinis netizen sehingga mempersoalkan kredibiliti pusat zakat.Viral Radziah Baba Azah

Viral baru-baru ini turut membuka pendedahan jiran tetangga makcik tersebut. Pendedahan tersebut tidak sesuai dirakamkan di sini yang mungkin mengaibkan beliau.

Penjelasan Isu Tunggakan Sewa Rumah

Baitulmal MAIWP telah tampil memberikan penjelasan pada 14 Mac 2018. Namun posting penjelasan tersebut menjadi ‘panas’ berikutan pihak NGO yang menviralkan kutipan derma & sumbangan terasa dan mempersoalkan isu tunggakan sewa rumah DBKL.

Walau bagaimanapun, isu tunggakan sewa rumah tersebut sepatutnya diajukan kepada pihak DBKL. Sedangkan bayaran bantuan sewa rumah tanpa gagal dibayar. Amaun tunggakan juga jelas berbeza. NGO mendakwa tunggakan adalah RM860, semakan secara online pula ianya RM2,232.

Amat tidak adil soalan tunggakan ini diajukan kepada agensi zakat. Seharusnya pihak yang mengeluarkan notis tersebut yang perlu dirujuk bersama.

Pada 15 Mac 2018, Baitulmal MAIWP telah memberikan penjelasan terbaru setelah mengunjungi premis kediaman makcik Radziah. Temubual bersama anaknya jelas memberikan gambaran sebenar keadaan ekonomi mereka sekeluarga.

Isu berhubung tunggakan sewa rumah juga boleh dianggap selesai memandangkan pihak NGO yang menviralkan sebelum ini telah mengutip derma untuk menyelesaikannya.

Ia Dia Mak SayaPenjelasan Anak Radziah Baba

Setelah viral ini sampai ke pengetahuan keluarga makcik Radziah, anaknya Aminah Aziz telah memuatnaik posting di Facebook miliknya. Menurut Aminah, ibunya tersebut kurang sihat dan beliau memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Viral yang menuntut derma dan sumbangan daripada orang ramai ini dibuat tanpa selidik dan #tabayyun kepada pihak yang berautoriti.  Kes seumpama ini sudah menjadi “trend” di media sosial dan dianggap sebagai satu KUASA, tapi itu bukanlah satu cara yang terbaik bagi membantu golongan asnaf. Netizen boleh saje memaklumkan secara direct kepada pusat zakat.

Jom ubah…

Tagged as: ,

Categorised in: Artikel, Bantuan, Utama, Viral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 6,970 hits
%d bloggers like this: