– SAYA ASNAF? SIAPAKAH ASNAF? KENAPA SAYA TIDAK LAYAK? –

– SAYA ASNAF? SIAPAKAH ASNAF? KENAPA SAYA TIDAK LAYAK? –

Setiap keputusan yang dibuat ada sebabnya. Dalam pengagihan zakat banyak kriteria yang perlu dilihat untuk memastikan seseorang itu asnaf. Bukan sahaja sekadar dengar secara verbal sahaja tanpa siasatan tetapi, penelitian harus di ambil bagi memastikan pengagihan adalah kepada individu yang benar-benar layak yang termasuk dalam golongan asnaf.

Siapakah asnaf?

Adakah bila seseorang itu menyatakan dia susah, maka institusi zakat boleh masukkan beliau begitu sahaja dalam golongan asnaf?

Marilah sama-samalah kita hayati balik ayat Al-Quran, ayat 60, Surah Al-Taubah yang bermaksud “Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang FAKIR, MISKIN, AMIL (pengurus zakat), para MUALLAF yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan HAMBA, orang-orang yang BERHUTANG, untuk JALAN ALLAH dan orang-orang yang SEDANG DALAM PERJALANAN,…… ”

Dimanakah kita? Fakir? Miskin? Amil? Muallaf? Al-riqab (hamba), Ghorimin? Fisabillillah? Ibnu sabil?

Bagaimanakah institusi zakat menentukan seseorang itu golongan asnaf terutamanya asnaf Fakir dan Miskin?
Pengukuran adalah dilihat daripada pengiraan HAD KIFAYAH (had kecukupan).

Apa itu Had Kifayah?

Had Kifayah adalah satu pengiraan dan pengukuran untuk menentukan seseorang itu termasuk dalam golongan asnaf (Fakir dan Miskin). Dan perlulah diketahui, pengiraan setiap negeri adalah berbeza. Dan terdapat banyak aspek lain yang dilihat untuk membolehkan dan memastikan setiap yang berlaku keatas permohon diambil kira bagi memastikan keputusan yang diambil adalah keputusan yang betul dan berasasakan pengiraan had kifayah. Institusi zakat negeri-negeri mempunyai pelbagai skim bantuan dimana setiap skim mempunyai prosedur yang berbeza.

Setiap prosedur bukanlah untuk menyusahkan pemohon, tetapi untuk memastikan pengagihan tersebut kepada asnaf yang berkelayakan. Setiap transaksi yang dibuat akan diaudit, maka setiap permohonan haruslah mempunyai dokumen yang lengkap.

Orang menghentam institusi zakat kerana adanya prosedur.
Tetapi ingatlah,
DIDUNIA institusi zakat sebagai amil dilantik DIPERSOLKAN OLEH MANUSIA,
DIAKHIRAT institusi zakat DIPERSOALKAN OLEH ALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,309 hits
%d bloggers like this: