DULU TUDING,KINI BANTU

Tadi petang bila aku terbaca komen-komen bertelagah antara wakil NGO dan wakil ‘tidak rasmi’ zakat, terkilan rasa.

Seharusnya NGOs dan agensi kerajaan perlu saling lengkap melengkapi. Apa yang terlepas pandang di pihak agensi diangkat dan dibantu NGOs, manakala apa yang tidak mampu di pihak NGOs, agensi bertanggung jawab ada untuk membantunya.

Contoh kes gelandangan, kita ada pusat transit untuk NGOs dapatkan penempatan bagi warga jalanan yang layak. Manakala agensi bergantung kepada NGOs untuk sumbangan makanan dan keperluan lain. NGOs akan bertindak sebagai penyelaras bagi orang ramai dengan crowd funding dan sebagainya.

Sama juga dengan isu bantuan zakat. Menjadi tanggung jawab kita semua khususnya NGOs untuk sampaikan info kepada pihak zakat sekiranya ada isu yang berkaitan timbul.

Di pihak agensi zakat pula, mereka ada unit untuk membuat kerjasama dengan mana-mana NGOs yang sesuai dengan menyediakan peruntukan dana dan lain-lain keperluan.

Namun jika kita di pihak NGOs sendiri suka menyebarkan kisah yang tidak sahih, menuduh pihak agensi, lalu mengundang fitnah, apa beza kita dengan keyboard warrior?

NGOs itu adalah mereka yang turun padang. Mereka yang terdedah dengan kisah sebenar dan sepatutnya arif dengan sikap dan cerita di sebalik tabir bagi golongan miskin bandar juga gelandangan. Itu beza kita dengan keyboard warrior!

Agensi juga perlu main peranan atas setiap teguran. Tidak dinafikan mereka semua telah bertungkus lumus melaksanakan amanah, namun itu tidak bermaksud kebal dari kelemahan.

Kadang-kala pihak agensi tidak perlu bersifat terlalu defensif, sebaliknya menerima dan menyiasat sekiranya ada aduan berkaitan kelemahan dalam kalangan staff atau pengurusan.

Bab ni aku tabik kepada pengurusan Baitulmal Maiwp HQ. Mereka tidak mudah melatah jika menerima provokasi atau teguran daripada netizan. Syabas!

Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada agensi zakat lain.

Tidak ada makna pada amal yang kita lakukan jika ia penuh dengan benih kebencian dan fitnah. Buruk benar persepsi masyarakat jika melihat kegiatan amal itu dicemari dengan emosi amarah saling menyalahkan sesama sendiri. Berhati-hati teman NGOs.

Aku menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Sebelum ini aku termasuk dalam kelompok mereka yang suka menuding jari menyalahkan agensi.

Alhamdulillah, Tuhan beri aku peluang untuk turun padang, terlibat langsung dengan dunia miskin bandar dan gelandangan.

Sejak itu, 360 darjah aku berubah. Sampai sekarang aku sematkan dalam hati dan kawan-kawan yang rapat; SEMAK, SIASAT, SAHIH baru kongsikan!

Fitnah alam maya ni lain gayanya. Sekali kau terjebak, menggunung ‘ganjarannya’ nanti. Mampu ke tanggung?

Kau fikirlah …

.

Peduli Insan.
Dulu tuding kini bantu.

*keratan 2-3 tahun lepas di harian Metro*

Sumber FB: Mohammad Nizam Wahid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,486 hits
%d bloggers like this: