Perlukah institusi kewangan Islam membayar zakat?

ZAKAT adalah salah satu rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi orang Islam menunaikannya.

Antara hikmah kewajipan berzakat adalah untuk menggalakkan sikap tolong-menolong dan bersedekah, yang ditekankan kepada penganut agama suci ini.

Islam mengajar umatnya bahawa terdapat hak orang lain di setiap harta yang dimiliki oleh seseorang individu.

Namun akhir-akhir ini antara persoalan yang dibincangkan dalam kalangan ulama berkaitan zakat adalah: Adakah institusi kewangan Islam termasuk ke dalam golongan yang perlu menunaikan zakat?

Isu ini sangat wajar dan relevan untuk dibincangkan kerana mampu memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

Sebelum kita mengupas dengan lebih mendalam tentang isu berkaitan zakat dan institusi kewangan Islam, amatlah penting untuk kita mengetahui sama ada konsep entity undang-undang berasingan ini diterima pakai atau tidak di dalam Islam.

Seperti yang kita ketahui, institusi kewangan Islam dikenali sebagai entity undang-undang yang berasingan. Entiti undang-undang yang berasingan bermaksud sekiranya sebuah syarikat dengan liability terhad disaman, plaintif mestilah menyaman terus kepada syarikat tersebut, bukan menyaman empunya syarikat atau pemegang saham syarikat tersebut.

Menurut Syeikh Taqi Utmani, konsep entity undang-undang yang berasingan ini sebenarnya diterima pakai dalam Islam kerana di dalamnya terdapat asas dan prinsip syariah seperti wakaf dan baitulmal.

Apabila sebahagian ulama telah mempersetujui bahawa konsep entity berasingan ini diterima oleh syarak, maka wujudlah persoalan adakah institusi kewangan Islam perlu membayar zakat seolah-olah ia seorang individu yang beragama Islam?

Antara syarat umum wajib zakat adalah pembayar zakat mestilah seorang Islam, pemilikan sempurna oleh pembayar terhadap hartanya secara sah sepanjang haul, cukup nisab (kadar) harta tersebut dan cukup haul iaitu tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan harta tersebut.

Terdapat dua perbezaan pendapat yang ketara oleh ulama kontemporari sama ada entity undang-undang mempunyai tanggungjawab untuk membayar zakat.

Ulama kontemporari seperti Al-Buti, Dr. Wahbah al-Zuhaily , Dr. Hassan al-Amin dan lain-lain menyokong kewajipan zakat hanyalah terhad ke atas individu.

Setiap pemilik harta dan pemegang saham wajib membayar zakat apabilaa setnya telah mencapai kadar nisab dan haul.

Menurut Dr. Hussain Hamed Hassan, pensyarah di Universiti Kaherah, sekiranya zakat dijadikan sesuatu yang mandatory untukdilaksanakan, maka kewajipan untuk membayar zakat haruslah diaplikasikan juga kepada semua institusi kewangan Islam dan juga konvensional.

Hal ini disebabkan, syariah menghalang diskriminasi dan kewajipan berzakat hanyalah terhad kepada pemegang saham institusi kewangan Islam tetapi tidak kepada institusi konvensional.

Beliau juga berpendapat bahawa sekiranya perkara ini dijalankan, maka akan member impak dan kesan yang buruk kepada prestasi institusi kewangan Islam kerana peratusan untuk pelabur kembali melabur dalam institusi kewangan konvensional adalah tinggi.

Pendapat ini berselisih dengan pandangan Dr. Shawki Ismail Shahatah, Dr. Mahmud al-Farfur, Dr. Ahmad Majzub dan Dr. Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi.

Mereka menerima konsep syasiyyahiktibariyyah iaituinstitusi kewangan Islam adalah entiti undang-undang yang boleh berdiri dengan sendiri.

Oleh itu, institusi tersebut perlu membayar zakat sepertimana diwajibkan ke atas setiap manusia biasa.

Sebagai contoh di Malaysia, Syarikat Tabung Haji antara institusi korporat yang begitu konsisten dalam hal pembayaran zakat.

Apa yang lebih menarik, jumlah zakat yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah meningkat dari tahun ke tahun.

Inisiatif seperti ini perlulah dicontohi oleh institusi kewangan dan korporat yang lain.

Ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama malah juga sebagai tanggungjawab social kepada masyarakat.

Selain itu, persoalan tentang ketidakadilan dan diskriminasi adalah tidak relevan untuk dibangkitkan kerana kebanyakan negara seperti Malaysia, telah memberikan pengecualian cukai bagi tiap pembayaran zakat yang dibuat.

Pada era modenisasi kini, tidak dapat dinafikan institusi kewangan Islam semakin berkembang dan mampu memberi keuntungan kepada setiap lapisan masyarakat.

Ini dapat dilihat semasa isu krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2007/2008 yang menyaksikan institusi kewangan Islam ini berada dalam posisi yang stabil berbanding institusi kewangan konvensional.

Keyakinan institusi tersebut dalam menghadapi cabaran masa hadapan adalah disebabkan oleh kestabilan system kewangan Islam yang diaplikasikannya, yang bebas daripada unsure riba, judi dan lain-lain.

Oleh yang demikian, bukan lagi suatu perkara yang mengejutkan sekiranya institusi kewangan ini mampu menarik perhatian bukan sahaja orang Islam bahkan orang bukan Islam.

Walaupun terdapat banyak pencapaian oleh institusi kewangan Islam, namun, terdapat beberapa isu yang masih belum dapat diselesaikan.

Antaranya persoalan; “Adakah institusi kewangan Islam ini telah mengembleng tenaga dalam mengurangkan taraf kemiskinan masyarakat Islam di dunia, atau diperkenalkan untuk meraih keuntungan semata-mata.”

Oleh yang demikian, persoalan mengenai kewajipan institusi tersebut untuk membayar zakat perlulah difikirkan dan dibincangkan dengan lebih terperinci kerana antara objektif kewujudan institusi ini adalah untuk membantu masyarakat sekaligus menolak prinsip system konvensional yang mana orang kaya akan terus kaya dan sebaliknya.

Azlinie Othman

PENULIS ialah mahasiswa Undang-undang Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,309 hits
%d bloggers like this: