MAIDAM agih zakat lebih RM183j

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maidam, M Rozi Bidin

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan wang zakat berjumlah RM183,760,543 untuk keperluan kehidupan lapan golongan asnaf di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maidam, M Rozi Bidin berkata, golongan asnaf yang dikategorikan miskin mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM74,071,795, diikuti fisabilillah (RM66,264,036) dan juga fakir dengan jumlah RM20,173,453.

Maidam juga turut meneruskan agihan zakat kepada mereka yang mendapat tawaran menyambung pelajaran.

“Anak-anak ini diberikan bantuan RM1,000 untuk ijazah manakala diploma (RM800) dan ke sekolah berasrama penuh pula RM500.

“Wang zakat ini diharap mampu menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga,” katanya.

M Rozi berkata, sebanyak RM137,949,543 kutipan zakat berjaya direkodkan pada tahun lepas dan ia adalah rekod kutipan tertinggi diterima pihak Maidam setakat ini.

“Kita terus memantapkan ekonomi umat Islam melalui agihan zakat. Bantuan kepada fakir miskin tidak lagi berbentuk wang bulanan, sebaliknya kita sediakan kemudahan dan bimbingan agar mereka berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: