PENDAPATAN SEBULAN RM200, ANAK BERHENTI SEKOLAH. SUAMI PENAGIH DADAH !

Terkedu aku mendengarnya. Aku yang ikut team Zakat Selangor semalam, mendapat satu pengalaman yang membuka mata aku. Di kala kita mengadu tak cukup duit , rupa-rupanya masih banyak lagi insan insan di muka bumi Malaysia ini, kais pagi… entah bilanya dapat makan!

Bila dengar si pemohon bercerita mengenai masalahnya, aku rasa macam.. hurm.. betapa nikmatnya kehidupan yang aku miliki sekarang. Nak makan , tak yah pening kepala. Anak-anak terurus. Keluarga terjaga. Hurmm…

Aku nak berkongsi apa yang aku dengar tu dengan korang tapi rasa cam… tak pe la. Bukan apa, takut jadi kes mengaibkan lak. Cuma apa yang boleh aku kata ialah, elakkan la dari DADAH ! Bila ketua keluarga dah menagih dadah.. keluarga pasti mengalami kehancuran. Kena lak anak anak masih kecil. Kalau si isteri tu kuat semangat , inshaAllah boleh diselamatkan lagi.

Si anak.. yang berhenti sekolah terpaksa bekerja untuk mencari nafkah buat dirinya dan keluarga. Yuran persekolahan, tak mampu dibayar. Belanja harian.. buku lagi. Pihak Zakat Selangor meminta anaknya kembali ke sekolah. Dan mereka akan berusaha mendapatkan bantuan sepenuhnya untuk si anak jika mereka benar benar layak. Ini termasuk juga bantuan sewa rumah! Nah, siapa kata Zakat Selangor tak buat kerja?

Di dalam kereta, aku tanya soalan pada pegawai Zakat Selangor tu.

”Tuan, gaji tuan berapa sebulan ?“. Ternganga dia! Hahahaha.. Boleh aku tanya pasal gaji dia ? Hahaha.. Kenapa aku tanya ? Sebabnya… tanggungjawab yang dipikulnya sangatlah berat. Kalau jenis dalam hati ada taman cam aku ni , aku rasa bercucuran airmata dah dengar rintihan insan insan lain ni.. Tabik spring la kat diorang ni !

Selepas hantar aku kembali ke pejabat zakat cawangan Bandar Baru Bangi, dia nak ke Kajang lak. Nak serahkan duit bantuan pada pemohon yang dah layak. Fuh, aku satu rumah je pon dah penat. Diaorang dalam satu hari, bukan saja kena gi rumah asnaf tapi turut sama membantu cam kes ni, pegawai zakat menawarkan pertolongan untuk mencari rumah sewa yang lain.

Satu rumah sejuta cerita nak diceritakan ! Ini baru satu rumah. Katanya ada rumah sampai nak masuk, kena pakai kasut! Terlalu kotor katanya.. tu pun tuan rumah yang suruh pakai ketika datang melawat.. Huhuhu..

Sebab tu la.. kita kena bayar zakat. Bukan zakat fitrah tu saja yer! Zakat harta tuu! Kasi bersih harta tu.

Pengalaman seorang blogger
Kredit: benashaari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,486 hits
%d bloggers like this: