POSTING POSITIF JADI NEGATIF

Jumaat lalu mula viral sebuah posting di Facebook milik Aminudin Ghazali mengenai sebuah keluarga pakcik Razmi.

Aminudin Ghazali Seranta FeldaPosting tersebut jika dilihat pada pandangan seorang ‘prosumer’ biasa tidak memiliki apa-apa persepsi negatif kepada pihak yang memberikan bantuan. Namun disebabkan tiada fakta berkenaan bantuan yang sedang diterima mendorong kepada kecaman  negatif daripada netizen.

Sebelum ini, kami telah kongsikan 10 Panduan Sebelum Inginkan Viralkan Kes Fakir Miskin Atau Isu Kesusahan sebagai pedoman untuk semua.

Berbalik kepada viral pakcik Razmi, posting awal pemilik Fb dilihat cuba memaklumkan apa yang dia sedang usahakan untuk membantu. Malah beliau turut memaparkan no telefon dan akaun bank pakcik Razmi.

Walau bagaimanapun, ianya bertukar kepada ‘negatif’ bila mana netizen mula mempertikaikan para pemimpin, agensi kerajaan terutama pemberi bantuan dan sebagainya. Seolah-olah tiada bantuan diberikan.

Setelah posting awal tersebut viral sehingga kepada lebih 10,000 shares (pemilik mengatakan 7k) barulah posting ‘Salah faham’ dimuat naik yang hanya ada 3 shares sahaja. ‘Damage has been done’.

Apakah mampu posting terbaru dengan 93 likes membuang kekeliruan yang dihasilkan oleh posting lebih 8,000 likes? Pencerahan daripada pihak Baitulmal MAIWP boleh dilihat di sini.

Perkongsian awam sehingga mencecah 10 ribu tersebut telah tersebar dan ‘snowball effect’ telah berlaku. Ramai telahan negatif netizen tidak dapat dipadamkan melainkan pemilik FB tersebut memadamkan postingnya.

Hasil carian imej untuk snowball effect

Jika benar pemilik ikhlas, dia boleh sahaja memadamkan posting tersebut melainkan beliau mempunyai agenda lain. Maklum sahajalah, posting bercirikan bawang ni viral mencecah ribuan like, komen dan share ini jarang dapat dibuat oleh ‘prosumer’ biasa.

Tagged as: ,

Categorised in: Artikel, Utama, Viral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,485 hits
%d bloggers like this: