ZAKAT vs CUKAI

🔷️ Dengan melaksanakan bayaran Zakat, kita dapat mengurangkan Cukai yang perlu dibayar pada LHDN. Kadar kiraan pemotongan cukai adalah pada tahap 100% dari Jumlah Zakat yang dibayar. Kita boleh berzakat dengan mana-mana Pusat Zakat Negeri dalam Malaysia ni.

🔸️ Jika hal ini berlaku, duit Zakat yang telah kita lunaskan di Pejabat Zakat Negeri tersebut, hasil bayaran akan terus disalurkan kepada Majlis Agama Negeri untuk kegunaan semasa. Diberikan pada golongan yang layak dan memerlukan. Lebih lagi kepada mereka yang sangat daif kehidupannya di sekitar negara.

🔹️ Manakala bayaran Cukai kepada LHDN pula akan ditafsirkan sebahagian daripadanya kepada kegunaan Kerajaan Pusat yang sedang dan akan memerintah pada masa sekarang dan masa hadapan.

*
*

Saya ada 2 persoalan, mohon bantuan jawapan yang baik-baik dari kalian jika ada sedikit sebanyak ilmu yang boleh dikongsi bersama;

1] Adakah hasil pungutan Zakat Negeri, perlu di cukaikan semula oleh pihak LHDN ataupun mana-mana badan atau agensi berkanun yang lain dalam pungutan hasil mahsul zakat negeri terbabit?

2]️ Duit hasil mahsul Zakat terkumpul sesuatu negeri, jika sampai beratus juta apakah yang akan dilaksanakan dengannya? Kerana saban hari, masih terlalu ramai yang hidup dalam kedaifan, seolah nasib mereka tidak terbela. Apakah wujud karenah birokrasi yang menyukarkan dalam bantuan disampaikan kepada mereka yang memerlukan?

*
*

🔷️ Apa pun tujuan saya bertanyakan begini adalah bukan disebabkan atas faktor mana-mana pihak. Cuma sebagai seorang Muslim saya lebih memenangkan bayaran Zakat berbanding Cukai yang perlu dibayar pada setiap tahun.

🔸️ Saya hanya menyeru, untuk sama-sama kita lebihkan bayaran Zakat berbanding bayaran Cukai jika terbukti hal yang disampaikan memang bisa dilaksanakan dan 100% tepat dengan fakta yang disampaikan.

🔶️ Sudah tiba masanya untuk kita lebih ambil peduli akan kemana akhirnya duit penat lelah yang kita usahakan selama ini, bersemadi. Bukan tujuan untuk menjadi terlalu bersangka buruk, cuma kita perlulah skeptikal dalam gerakan kewangan duniawi.

🔹️ Nanti dekat akhirat tak takut ke Allah persoakan satu demi satu? Apakah alasan kita nanti jika hal tersebut berbalik kepada sifat kemalasan kita untuk mengambil tahu dan mengkaji dengan lebih dalam.

*
*

⚠️ Dengar perkhabaran, resit Zakat yang kita lunaskan, amat “laku” di mata Institusi kewangan. Sama “Power” dengan resit Cukai LHDN yang kita bayar. Nak mohon pembiayaan dengan pihak bank pun jadi mudah nanti. Sebab resit Zakat ni laku keras.

Kalau Anda, Nak Pilih Mana Satu,

Zakat Pendapatan VS Cukai LHDN ?

*
*

Sekadar bertanya,

#RK

-papaAyden-
-tukangFikirGunaOtak-

Sumber FB: Redzwan Khairudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 11,486 hits
%d bloggers like this: