CERITA AKU DIMARAH USTAZ AKIBAT SEDEKAH MELULU TANPA ILMU

“Alhamdulillah, aku sudah bersedekah dengan jiranku yang memerlukan bantuan anak sekolah. Aku tengok dia susah, kadang kala tidak cukup makan. Semoga sedekahku menjadi zakatku. Lega rasanya…”. Aku bercakap sendiri sambil tersenyum dengan lega sangat rasanya.

Suatu hari aku berbual dengan seorang kawan yang bolehlah dipanggil ustaz. Aku bercerita tentang zakat aku yang dah selesai aku bagi kepada jiran aku tu.

Ustaz tu, tengok muka aku dengan wajah yang pelik dan tak nampak gembira pun. Ah sudah…kenapa ustaz ni? Curiga pula aku.

Ustaz tu kata, “sedekah dengan zakat tu kamu ingat sama ke, kalau macam tu senang lah urusan kamu. Sedekah je kepada orang yang kamu jumpa kat tepi jalan tu, selesai tanggungjawab.”

Ustaz tu kata lagi, “Islam memang sangat menggalakkan ummatnya bersedekah. Lagi banyak lagi bagus. Dapat Istiqamah lagi hebat. Tapi sedekah dan zakat itu bebeza ya.

Paling jelas, sedekah itu sunat dan zakat itu pula wajib. Zakat tu rukun Islam tau. Kalau tak sempurna cara kamu keluarkan zakat, takut tak sempurna rukun Islam kamu” bertegas ustaz tu.

Aku yang mendengar leteran ustaz ni, makin curiga. Aku tanya ustaz tu lagi, jadi ustaz salah ke saya membantu jiran saya tu.

Jawab ustaz, tak salah pun. “Bantulah sebanyak dan semampu yang mungkin, niatkan sedekah. Tapi untuk zakat tunaikan terus kepada institusi zakat, dapat mereka bantu secara menyeluruh. Bukan setakat bantuan sekolah, malahan bantuan rumah, kewangan bulanan, sewa rumah mereka boleh bantu. Biarlah institusi zakat buat kerja mereka. Kita buat kerja kita.” sambil tersenyum ustaz menyindir aku. Alahai sentap sikit hati aku yang baru nak bersih ni.

Ustaz bagi tau ini antara info zakat, jomlah kita bagi tau pasangan kita, kut dapat juga pahala.

1. Kewajipan seseorang yang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
2. Wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya.
3. Kadar yang wajib dikeluarkan dan ditentukan oleh syarak.
4. Membersih dan menyucikan harta.
5. Hanya harta yang tertentu sahaja yang diwajibkan zakat.
6. Diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
Dikeluarkan sekali dalam setahun.
7. Rukun Islam yang keempat dan sebagai ibadah dari segi harta.
8. Wajib kepada orang Islam sahaja.
9. Mendapat siksaan dan balasan pada hari kiamat apabila tidak menunaikannya.
10. Terdapat empat syarat umum iaitu muslim, merdeka, baligh dan berakal.

Emm…meleset aku punya tanggapan selama ni rupanya. Aku sangkakan sedekah tu sama dengan zakat. Lain rupa-rupanya. Aku kena faham betul-betul ibadah zakat ni. Barulah sempurna kewajipan aku sebagai ummat Islam.

kredit video: Pusat Pungutan Zakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog Stats

  • 8,309 hits
%d bloggers like this: