BAYARAN ZAKAT PERLU SEMPURNA

BAYARAN ZAKAT PERLU SEMPURNA

“Ikut hukum syarak,bayar pada amil dilantik”

Dalam mengerjakan kewajipan menunaikan zakat,ramai tidak sedar zakat yang dibuat adalah tidak sempurna kerana tidak mengikut hukum syarak iaitu membayar pada pihak yang berwajib atau amil dilantik.

Ketua Pegawai Eksekutif,Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff, berkata,segelintir masyarakat Islam sering menganggap sedekah merupakan sebahagian daripada zakat dengan alasan dapat membuat agihan sendiri kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Sebaliknya,hukumzakat dan sedekah adalah berbeza kerana melalui zakat bantuan kepada asnaf dapat dilaksanakan secara berterusan

“Zakat hukumnya wajib sedangkan sedekah hukumnya sunat. Zakat ada kadar ditetapkan dan ada tempoh iaitu kena cukup setahun. Sedangkan jumlah sedekah boleh diberikan sesuka hati pada bila-bila masa.Jadi jika ada yang menganggap sedekah mereka adalah zakat,maka zakat itu adalah tidak
sempurna.

“Seperti zakat fitrah, zakat-zakat lain juga perlu dibayarkepada amil. Dengan bayaran kepada pihak berwajib,pihak bertanggungjawab membuat agihan iaitu Baitulmal MAIWP akan mengenalpasti asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Bantuan ini juga akan berterusan dan nasib mereka
terbela. Jika kita sedekah, bantuan itu mungkin hanya sekali sahaja diterima,”katanya kepadaSinarHarian.

Atas kesedaran agar masyarakat Islam melaksanakan kewajipan zakat dengan sempurna, Pusat Pungutan Zakat terus memperkasakan usaha menarik lebih ramai pembayar zakat di wilayah ini menunaikan rukun Islam ketiga itu,lebih lebih lagi mengambil kesempatan keberkatan bulan Ramadan.

Ahmad Shukri berkata,pelbagai platform disediakan termasuk kaedah di hujung jari di http://www.zakat.com.my, potongan gaji, perbankan internet dan juga kaunter kaunter zakat yang beroperasi.

Ada juga masyarakat yang kurang peka menyebabkan mereka tidak membayar zakat walaupun sudah layak.Mereka fikir zakat hanya dibayar oleh orang-orang berharta sedangkan zakat ada sistem pengiraan untuk mengetahui adakah kita layak membayar zakat. Semuanya boleh diperoleh dengan membuat semakan dilamanweb atau datang ke kaunter.

PPZ-MAIWP juga menarik pembayar zakat daripada golongan VIP dengan mendekati golongan pembayar cukai yang tinggi ini agar membuat bayaran zakat.

Ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memperoleh potongan penuh cukai dengan membuat bayaran zakat.Jadi jika mereka boleh bayar cukai dengan banyak mengapa tidak bayar zakat? Dengan jumlah bayaran besar ini lebih ramai asnaf yang boleh dibantu,” katanya.

Waktu operasi 11 kaunter PPZ-MAWIP dibuka setiap hari sempena bulan Ramadan iaitu dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang kecuali pada hari terakhir Ramadan sehingga jam1petang. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau Facebook Pusat Pungutan Zakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 12,374 hits
%d bloggers like this: