Perokok tidak layak terima zakat

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Pihak pengurusan zakat diminta teliti semula wang pemberian zakat kepada golongan yang benar-benar layak menerima bantuan wang zakat dan bukan dari golongan perokok.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, golongan perokok ini seharusnya tidak layak diberikan wang zakat kerana mereka akan terus membazir dan melakukan kemudaratan ke atas diri mereka.

“Perlu mengambil serius masalah ini serta memastikan semua bakal penerima bantuan zakat tidak membazirkan wang kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi dalam satu kenyataan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid, golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup gay, lesbian, mak nyah dan pelacur merupakan penerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: