Modenkan Pemberian Zakat Atasi Masalah Kemiskinan

Kaedah pemberian zakat boleh dimodenkan sebagai penyelesaian dalam mengatasi masalah kemiskinan yang wujud, demikian pandangan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perkara tersebut dinyatakan beliau sebagai menjawab soalan hadirin pada program An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Hotel Holiday Villa, London, United Kingdom, kelmarin.

Menurutnya, zakat adalah salah satu percukaian ibadat yang hanya diwajibkan kepada orang Islam dengan konsep diambil dari golongan berada dan digunakan untuk keperluan kerajaan mengatasi kemiskinan.

“Kalau dulu zakat ini bagi duit ‘cash’ RM50, RM100, RM200, RM500, habis begitu sahaja. Sepatutnya dirancang. Sebagai contoh, boleh ambil bahagian fakir miskin jumlahnya berapa juta dan dibuat industri.

“Dipungut orang miskin dan fakir menjadi pekerja kepada industri ini, ada saham mereka, mereka ada gaji. Dengan sendiri kita boleh atasi masalah kemiskinan yang dikurangkan semasa ke semasa.

“Kalau nelayan diberi zakat fakir miskin, dibeli bot. Bukan beri duit hilang begitu saja, beli bot kepada dia. Dia menjadi tuan punya syarikat ini. Kalau nak gaji, gajilah. (Kalau) milik, miliklah,” terang beliau.

Katanya, setiap tahun jika dapat diperanankan dengan baik usaha tersebut akan dapat menyelesaikan masalah kebajikan yang ada dan mengurangkan pengangguran dari semasa ke semasa.

Menyentuh mengenai usaha memajukan ekonomi orang Islam, perkara itu serunya, perlu diatur kerana jumlah orang Islam ramai untuk menjana pasaran yang ketika ini dimonopoli puak tertentu.

Bahkan menurutnya, dalam negara Kapitalis, golongan yang menguasai ekonomi juga menguasai kerajaan melalui rasuah diberi untuk memenangi pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, mereka dapat lesen. Ini menyebabkan mereka mainkan harga, mainkan tekanan ekonomi bagi orang Islam. Ekonomi tidak adil,” terang beliau.

Sumber : HARAKAHDAILY 27/12/2018

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s