Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?

Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog KZM dan juga rakan-rakan sekalian. Betulkah MAIWP tidak agihkan kutipan zakat yang mereka perolehi setiap bulan. Ini adalah persepsi dan tanggapan negatif yang sudah bersarang di kalangan masyarakat kita. Sehingga ada yang kurang keyakinan kepada badan yang dipertanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat ini.

Sampai bila kita hendak berprasangka akan semua ini sekiranya kita sendiri tidak mahu ambil tahu apa yang dilakukan disebaliknya. MAIWP adalah oraganisasi yang berperanan menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kutipan zakat ini dilaksanakan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Manakala aktiviti mengagihkan zakat dilaksanakan sendiri oleh MAIWP.

Bagaimana Pengagihan Zakat Dilakukan

Menurut apa yang KZM ketahui bahawa MAIWP membuat pengagihan zakat melalui 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asas, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja.

KZM ambil satu contoh yang paling mudah sekirang ada satu keluarga yang telah dikenalpasti sebagai asnaf miskin dan mereka layak untuk menerima bantuan zakat. Bantuan yang diberikan bukan sahaja wang ringgit yang kita lihat setiap bulan tu sahaja tau. Ia merangkumi beberapa perkara lain yang melibatkan keluarga tersebut seperti :

– Bantuan Sewa Rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah

– Bantuan Pelajaran kepada anak-anak sekiranya mereka ada anak bersekolah

– Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan

– Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan

Jadi semua itu akan dibantu oleh MAIWP dan ia kekal sehingga keluarga ini keluar daripada taraf asnaf miskin. Jadi tak adil kalau kita hanya mengambil kira wang bantuan setiap bulan yang diberikan sahaja.

Selain daripada bantuan kepada keluarga asnaf miskin ini agihan lain yang MAIWP lakukan adalah agihan zakat secara tidak langsung di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Kalau korang lalu kat Kg Pandan KL akan nampak tersergam megah Kolej Profesional Baitulmal & Institut Kemahiran Baitulmal dan itu merupakan juga hasil usaha dalam pengagihan zakat.

Selain daripada itu banyak lagi institusi dari peringkat menengah sehingga pengajian tinggi. Kalau rajin tengok la di sini: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan.

Birokrasi Dalam Permohonan Bantuan Zakat

Ini satu lagi perkara yang juga ramai orang anggap permohonan bantuan zakat itu susah dan banyak birokrasi. Bagi mengurangkan isu ini MAIWP telah membuka 10 Pusat Agihan Zakat atau PAZA dimana 9 di Kuala Lumpur dan 1 di Labuan. MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWPyang turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya. . Ini demi mendekatkan orang ramai dan memudahkan untuk membuat tuntutan bantuan zakat.

Selain itu juga, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Kita juga sebagai rakyat yang prihatin boleh memberi kerjasama untuk turut membantu menyalurkan maklumat kepada MAIWP sekiranya mendapati ada golongan yang layak untuk mendapatkan bantuan zakat ini.

Sekarang ini nak memohon bantuan zakat dan tidak susah hanya perlu mengisi sehelai borang dengan maklumat lengkap. Ini penting kerana untuk memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima bantuan zakat. Permohonan juga tidak perlukan membuat pengesahan dari mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya. Manakala proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari dan bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dengan segera.

Jadi apa pandangan korang tentang perkara yang banyak tidak benar di luar sana tentang pengagihan zakat ini. Jangan kita hanya mendengar dan membaca sahaja tanpa membuat kajian tentang perkara sebenar. Korang juga boleh dapatkan info lanjut tentang pengagihan zakat ini melalui laman seperti di bawah :-

Laman web : www.maiwp.gov.my

Facebook MAIWP : www.facebook.com/maiwp.hq

Facebook Baitulmal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp

Instagram: @hqmaiwp

Youtube : MAIWP TV

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s