KUTIP ZAKAT BUKAN MAIN BANYAK CARA TAPI AGIHAN PULA MACAM MANA?

KUTIP ZAKAT BUKAN MAIN BANYAK CARA TAPI AGIHAN PULA MACAM MANA?

CARA PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

Pakat Share Biar Ramai Yang Tahu.

Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat oleh Baitulmal MAIWP yang membantu asnaf daripada segala aspek yang merangkumi keperluan asas, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun untuk yang memerlukan, iaitu asnaf.

Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin. Mereka akan dibantu antaranya dengan:

➤ Bantuan Kewangan Bulanan
➤ Bantuan Sewa Rumah (sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah)
➤ Bantuan Pelajaran (anak-anak)
➤ Bantuan Perubatan (sekiranya mereka ada masalah kesihatan)
➤ Bantuan Perniagaan (sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan)

Mudah ke proses permohonan dan penyaluran bantuan zakat? Senang je!

💥1. Pusat Agihan Zakat (PAZA)

Kalau sebelum ini, proses permohonan hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP tapi bermula tahun 2008, bagi memudahkan lagi orang ramai untuk berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA.

Buat masa ini terdapat 10 buah PAZA telah dibuka iaitu 9 buah di Kuala Lumpur dan satu di Labuan. Di PAZA, semua bentuk urusan permohonan yang boleh dibuat di ibu pejabat (Lokasi PAZA).

💥2. Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP

MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP yang turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya.

💥3. Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP pula telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Skuad ini akan menjengah PPR dan lain-lain lokasi yang berpotensi ada.

💥4. Bantuan infomasi daripada orang ramai

Kerjasama orang ramai untuk membantu menyalurkan maklumat adalah sangat dialu-alukan:

Hotline : 012-518 3614/ 012-512 7614
Talian bebas tol: 1-800-88-5222
Facebook: Baitulmal MAIWP dan MAIWP

Cara lain Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan agih zakat?

Institusi Pendidikan di bawah kelolaan MAIWP
——————————————————–

↪ Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri
↪ SMA-MAIWP Labuan↪ Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak
↪ Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
↪ Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
↪ Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
↪ Darul Ilmi di Sungai Penchala
↪ Pondok Moden Al-A’baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
↪ Ma’alim al-Sunan Li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah

Institusi Perlindungan & Kebajikan
——————————————————

↪ Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak (anak-anak yatim)
↪ Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh (pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial)
↪ Darul Hidayah (perlindungan untuk muallaf)

Rakyat kita selalu nak semuanya senang, walaupun isi borang permohonan yang hanyalah sehelai kertas sahaja pun kata ada birokrasi dalam permohonan bantuan zakat. Mengisi borang untuk mendapatkan maklumat asas penting pemohon tidak boleh dilihat sebagai birokrasi yang menyusahkan.

Maklumat penting ini diperlukan bagi memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat.

Ini kerana MAIWP memikul amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan untuk mengagihkannya kepada mereka yang layak.

Lebih memudahkan ialah permohonan juga tidak memerlukankan pengesahan mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya. Proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari manakala bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan segera.

TAHAP KETELUSAN DALAM PENGURUSAN ZAKAT

MAIWP akan di audit oleh Jabatan Audit Negara dan semua urusan perlu mendapatkan kelulusan daripada JawatanKuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti bagi setiap sen zakat yang ingin dibelanjakan.

MAIWP juga telah menerima Sijil Audit Bersih lebih daripada 10 kali berturut sejak tahun 2006 dan Penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripada Jabatan Audit Negara selama 3 tahun berturut-turut (2011-2013).

Untuk maklumat lanjut tentang pengagihan zakat MAIWP, boleh le laman sesawang http://www.maiwp.gov.my, laman Facebook (facebook.com/maiwp.hq) atau laman Instagram (@hqmaiwp)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s