Mana maruah melayu Islam,80% makan di gereja:Tular Palsu.

GELANDANGAN AMBIL MAKANAN DI GEREJA VIRAL SEMULA

Ini adalah maklumbalas yang kami kemukakan ketika ia viral pada Mac 2016.

MAKLUMBALAS MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) BAGI BERITA “ORANG MELAYU KITA RAMAI MAKAN DI GEREJA”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Berita seperti tajuk di atas yang disiarkan di laman blog pakatandaily adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terpanggil untuk memberikan maklumbalas berkaitan aktiviti menyantuni gelandangan yang telah dilaksanakan oleh MAIWP menerusi Bahagian Baitulmal di Wilayah Persekutuan.

3. Sejak tahun 2007, Baitulmal MAIWP telah melaksanakan program agihan makanan percuma. Sebanyak 1,100 bungkus makanan diagihkan setiap hari sepanjang tahun. Golongan yang memerlukan termasuk gelandangan boleh mengambil makan tengahari yang diedarkan di lokasi-lokasi berikut:

a. Pusat Agihan Zakat (PAZA) Parlimen Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
b. PAZA Setiawangsa, Jalan Wangsa Delima 13, Kuala Lumpur
c. PAZA Seputeh, Medan Klang Lama, Kuala Lumpur
d. PAZA Bandar Tun Razak, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Kuala Lumpur.
e. Masjid Jamek Bandaraya

4. Selain itu, MAIWP turut bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menyalurkan peruntukan zakat melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mengagihkan makanan berbungkus di kawasan Kuala Lumpur. Antara NGO yang terlibat adalah PERTIWI, Reach Out, 1 Charity dan Suri@Salam yang mengagihkan makanan pada waktu malam.

5. Sesi turun padang menyantuni gelandangan turut diadakan menerusi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP yang turun padang secara berkala ke lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan gelandangan. Gelandangan yang berkeluarga akan menjadi tumpuan Baitulmal MAIWP di mana mereka akan ditempatkan secara sementara di rumah transit yang disediakan sebelum bantuan susulan diberikan.

6. Untuk makluman, Baitulmal MAIWP menawarkan 28 skim bantuan zakat kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan. Golongan gelandangan yang termasuk dalam asnaf ini akan dipertimbangkan untuk beberapa bantuan seperti Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Sewa Rumah, Bantuan Kecemasan dan lain-lain lagi.

7. Sehubungan itu, MAIWP berharap maklumbalas ini dapat memberi penjelasan kepada berita yang dilaporkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

#zakat #asnaf #gelandangan #makandigereja #viralreturn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s