ZAKAT BAGI KEPADA NON MUSLIM (BUKAN ISLAM) ADALAH TUDUHAN JAHAT

Tuan/puan, admin amat bersimpati kepada yang melontarkan fitnah melulu dan tidak berasas terhadap Institusi zakat. Tahukah anda fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh?

Ambillah masa beristighfar dan rendahkanlah hati dan jiwa. Ruginya kita ummat Islam menampakkan kejahilan kita sendiri. Mohon baca sampai habis dengan teliti kenyataan yang dikeluarkan.

(Boleh baca diruangan komen post ni)

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan duit zakat bukan ikut suka hati. Ada prosedur yang mesti diikuti dan LZS diaudit oleh Audit Negara.

LZS juga adalah di bawah naungan Sultan Selangor dan bukan pada mana-mana parti politik.

Mohon tuan/puan ambil masa teliti semula pekeliling yang diberikan.

Motto baharu LZS iaitu MANFAAT ZAKAT UNTUK SEMUA. Membawa maksud semua masyarakat akan merasa kebaikan dan manfaat zakat. Dan manfaat itu bukan sahaja terhad akan dirasai kepada golongan asnaf yang 8 yang disebutkan dalam Surat At-Taubah ayat 60, bahkan seluruh lapisan masyarakat akan merasainya apabila tahap kemiskinan dapat dikawal, adanya keseimbangan sosio ekonomi dan sebagainya.

Contoh lagi:

Bila orang Islam yang dapat zakat tu nanti, macam orang belajar di bidang perubatan, dapat tajaan zakat, jadi kemudian lepas dia dah jadi doktor, dia dapat beri manfaat dan sumbangan kepada seluruh masyarakat tidak kira agama dan bangsa.Itu maksud ‘manfaat’ zakat untuk semua.

Jelas maksud dalam ayat ‘Manfaat Zakat Untuk Semua’ dan bukannya duit zakat untuk semua.

Sekali lagi admin ulang, bukan duit zakat boleh diagihkan kepada semua ikut suka hati.

As simple as that.
Please, please, please and please open your heart and read carefully.

Semoga Allah memberikan kefahaman buat tuan/puan. Wallahu’alam.

Cc: Panglima & Lemuria Pohnpei

KENYATAAN RASMI
MAKLUM BALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR BERKAITAN PEKELILING DALAMAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

SHAH ALAM, 30 Disember 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan tular pekeliling LZS di media sosial dan whatsapp.

LZS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh umat Islam terutama di Selangor yang prihatin berkenaan perkembangan LZS serta sentiasa memberi pandangan yang membina untuk kemajuan ummah.

Untuk makluman, pekeliling berkaitan motto baru LZS yang sedang tular pada masa ini adalah pekeliling DALAMAN untuk warga kerja LZS sahaja.

LZS menegaskan bahawa pengagihan zakat di Selangor hanya untuk umat Islam sahaja dan menafikan ia akan disalurkan kepada agama lain. Skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak. Ia meliputi lapan kategori asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60.

Berhubung tular yang tersebar baru-baru ini, berkenaan “Motto: Manfaat Zakat Untuk Semua”, terdapat kekeliruan mengenai perkara ini. Bagi tahun 2019, LZS telah mengubah motto lama iaitu “Meneraju Perubahan” kepada motto baru iaitu “Manfaat Zakat Untuk Semua”. Motto ini membawa maksud yang sangat luas. Ia menggambarkan bahawa ibadah zakat walaupun hanya dikhususkan kepada umat Islam tetapi MANFAATNYA dinikmati oleh semua ahli masyarakat dalam kitaran ekonomi dan sosial. Ini selaras dengan peranan zakat yang mensucikan dan menyuburkan.

Sekiranya taraf kehidupan asnaf dipertingkatkan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sesebuah negeri atau negara. Dengan maju dan makmurnya sesebuah negeri atau negara, akan bermanfaatlah setiap rakyat di dalamnya tanpa mengira bangsa atau agama.

Misalnya, seorang mahasiswa asnaf dibiayai dengan wang zakat dalam bidang perubatan sehingga berjaya menjadi seorang doktor pakar, maka manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pesakit tanpa mengira status, bangsa atau agama.

Sekali lagi ditegaskan, LZS tidak ada kaitan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik dan akan terus menyantuni asnaf di Selangor bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

LZS juga sentiasa mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 dalam melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat di Negeri Selangor. Agihan dan kutipan zakat di negeri Selangor sentiasa mengikut hukum syarak dan ia dipantau rapi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta dikawal selia oleh jawatankuasa yang dilantik termasuk Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

KENYATAAN OLEH

Abdul Basith Hamid
Ketua Pegawai Penyelaras (Officer In Charge)
Lembaga Zakat Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s