MAIWP TERIMA PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI & AHLI MAIWP BAHARU

PUTRAJAYA 4 Januari – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan pelantikan Pengerusi yang baharu, YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Bin Abd Kadir.

Pelantikan beliau adalah bagi mengisi jawatan tersebut yang sebelum ini dijawat oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein merupakan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang juga Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hubungan antarabangsa menerusi perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa Kedutaan Malaysia di luar negara termasuk menjadi Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2000 hingga 2003.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengarah Dagang Net, Ahli Lembaga Pengarah SME Corp dan Member of the Board of Governors Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP.

Datuk Bandar Kuala Lumpur ,YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan juga turut dilantik sebagai ahli MAIWP yang baharu. Pelantikan beliau adalah berdasarkan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang disandang kini.

Tiga lagi ahli MAIWP yang baharu adalah Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan Peguam Negara, YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari mewakili Peguam Negara; YBhg. Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim mewakili Kementerian Kewangan dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), YBhg. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah binti Engku Ali.

Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong berkuatkuasa 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2021.

Surat pelantikan telah diserahkan oleh Menteri di JPM, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dalam satu majlis di Kompleks Islam Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s