10,000 murid miskin terima bantuan MAINJ RM1juta

JOHOR BAHRU: Seramai 10,000 murid dari Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAJK) di negeri ini menerima Bantuan Persekolahan berjumlah RM1 juta pada majlis di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan, berkata sumbangan berkenaan bagi membantu meringankan beban keluarga murid terbabit dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Tahniah kepada Bahagian Zakat MAINJ kerana menyediakan bantuan berjumlah RM1 juta untuk diagihkan kepada 10,000 murid miskin SAKJ.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan dan keikhlasan ini Allah menambahkan rezeki dari hasil pungutan zakat diperoleh.

Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Pagi dan Penyerahan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAJK) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAINJ, Md Rofiki Shamsudin; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
Katanya, MAINJ pada tahun ini berjaya memperoleh kutipan zakat kira-kira RM280 juta dan jumlah berkenaan melebihi sasaran ditetapkan pada tahun lalu.

“Jumlah besar ini memberi gambaran dan keyakinan masyarakat untuk memberikan zakat dan sumbangan mereka kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Ini kerana pembayar zakat lihat, kita betul-betul sampaikan tanggungjawab dana amanah dipikul kepada golongan memerlukan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, MAINJ menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM290 juta tahun ini terutama dalam usaha berterusan membantu rakyat dan wang diperoleh digunakan semula kepada golongan asnaf.

Ketika ucapannya, Aminolhuda mengharapkan barisan kepimpinan MAIJ dan JAINJ menjadikan asas pentadbiran kerajaan terdahulu dinaungi Umar Abdul Aziz sebagai contoh terbaik.

“Ulama meletakkan Umar Abdul Aziz seperti zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Memberi gambaran walaupun dia 100 tahun kemudian dari hijrah tetapi pentadbirannya menyamai zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
“Ini termasuk bagaimana Umar Abdul Aziz membawa beberapa perubahan dan memberi kemakmuran kepada negeri dan rakyat,” katanya.

Justeru katanya, diharap akan ada perubahan, peningkatan zakat, hasil kerajaan negeri dan perbelanjaan berjimat cermat dapat dilaksanakan mencontohi zaman Umar Abdul Aziz.

Sumber:Berita Harian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s