Kisah viral makcik Munah JKM & jiran tampil beri jawapan mengejutkan

KISAH VIRAL MAKCIK MUNAH PENJUAL ASAM KEPING

Baru-baru ini kita telah dikejutkan satu berita viral kisah di laman FB tentang seorang warga emas yang menjual asam keping.

Makcik Che Munah bt Che Man menjual asam keping bagi menampung keperluan harian meminta sedikit sumbangan beras dan budu telah mendapat perhatian masyarakat di laman sosial.

Che Munah yang berasal dari Kg. Banggol, Pak Esah, Pasir Puteh Kelantan turut mendapat perhatian kami merakamkan rasa kesedihan dan simpati atas kesusahan makcik Munah.

Pihak kami pada mulanya beranggapan kes ini di KL dan memanjangkan ke Baitulmal MAIWP.Baitulmal telah menghubungi individu yang mendakwa jiran makcik Munah mengesahkan bahawa makcik Munah sememangnya berasal daripada Kampung tersebut. Beliau tinggal bersama suami dan seorang anak tirinya.

Walau bagaimanapun berita ini telah dipanjangkan kepada pihak berwajib dan wakil rakyat setempat di DUN Selinsing iaitu YB Tuan Mohd Saripudin. Selain itu JKM dan Baitulmal Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan turut dilaporkan.
_____________________________

maklumat yang diperolehi dari JKM :

Assalamualaikum, YB/YBhg. Dato’ /Tuan/ Puan.

Merujuk kepada viral facebook melalui akaun facebook Zamri Ismail bertarikh 7hb Januari 2019 adalah dirujuk.

Warga emas yang dimaksudkan ialah Che Munah binti Che Man, no kp: 390730-03-5034, berusia 80 tahun. Semakan awal di dalam sistem e-Bantuan didapati penama merupakan penerima bantuan kebajikan masyarakat JKM di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350.00 sebulan sejak Januari 2014 hingga kini. Penama juga pernah menerima bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Kelantan sebelum menetap di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

Penyelaras Unit Kebajikan Produktif Jajahan Pasir Puteh, Hasliza binti Mohd Sidek telah membuat lawatan ke rumah bersama pegawai kes En. Mohd Asrul Izzat bin Mohamad Asari, gred S19 dan Cik Nurul Nadiah bt Nordin gred S19 di alamat Kg Banggol Pak Esah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Telah temubual bersama penama dan suaminya.

Penama telah berkahwin sejak 6 tahun yang lalu dan tidak mempunyai anak. Penama tinggal berdua dengan suaminya. Selain daripada bantuan JKM, penama turut menerima sumbangan tetap setiap bulan dari anak saudara yang bekerja di Pahang dengan kadar RM300.00 sebulan melalui akaun CIMB. Manakala bantuan JKM disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Penama juga berjaja asam gelugur di pasar pagi sekitar Pasir Puteh dan Kota Bharu dengan purata pendapatan sebanyak RM100.00 sebulan. Bekalan asam gelugur diperolehi dari pasar Jelawat dengan kos RM150.00 dan dibungkus secara kecil-kecilan sebelum dijual. Menurut penama, ianya adalah minat dan kesukaan penama untuk berjaja kerana inginkan wang dari hasil usahanya sendiri walaupun sumbangan JKM dan anak saudara telah mencukupi.

Suami penama, Abdullah bin Jusoh, no kp: 551230-03-5243, berusia 64 tahun. Menurut suami penama, bekerja sebagai buruh binaan dengan kadar purata pendapatan sebanyak RM350.00 seminggu (anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM1200.00 sebulan). Suaminya mempunyai 7 orang anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

Menurut suami penama bahawa penama tidak pernah memasak dan hanya membeli makanan di kedai. Manakala suami penama akan memasak nasi dan lauk apabila tidak keluar bekerja.

Penama dan suami tinggal di rumah milik sendiri yang dibina sejak 6 tahun yang lalu. Rumah tersebut dibina sendiri tanpa kos upah kerana suami penama mempunyai kemahiran bertukang. Rumah kediaman mempunyai sebuah bilik, dapur dan bilik air. Keadaan rumah tidak terurus kerana penama tidak berminat untuk mengemas rumah.

Rumah penama dilengkapi dengan bekalan air paip dari sumber Air Kelantan Sdn Bhd namun telah dipotong bekalan air kerana tidak menjelaskan bil yang tertunggak. Kadar purata bil air sebanyak RM4.00 sebulan. Pada masa kini, penama dan suami menggunakan sumber air dari rumah anak tiri yang bersebelahan kediaman penama.

Justifikasi pendapatan bulanan penama sekeluarga ialah RM350.00 sebulan bantuan JKM, RM300.00 sebulan sumbangan tetap daripada anak saudara, RM100.00 sebulan hasil jualan asam gelugur dan anggaran RM1200.00 sebulan pendapatan suami. Keseluruhan pendapatan penama termasuk bantuan sebanyak RM1950.00 adalah mencukupi untuk keperluan asas penama dan suami.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

HASLIZA BINTI MOHD SIDEK
Penyelaras Unit Kebajikan Produktif
Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Kelantan
Tarikh: 8hb Januari 2019

——————————————–

Sedikit maklumat telah didapati dari jiran makcik Munah,akaun FB Nasir Seligi:

Memang Nek Munah ada menerima bantuan JKM RM350 dan sumbangan anak sedara dia tapi suami dia Usof lama dah tak bekerja…dan anak suaminya seramai 7 orang pun orang yang tidak mampu juga dimana anak suaminya yang bernama Ije seorang ibu tunggal anak 8 yang tinggal sebalah rumahnya … tidak bekerja setelah kematian suami…

rumah Nek Munah belakang rumah mertua saya… dan ini gambar rumah dia siang tadi kiriman anak saya…

siang tadi juga anak saya dapatkan bil elektrik rumahnya … ada seorang HAMBA ALLAH yang minta…

Bil elektrik untuk rumah Nek Munah yang tertunggak sebanyak RM466.15 sudah dijelaskan oleh seorang HAMBA ALLAH tersebut dan masih berbaki RM533.85 dalam acc TNB untuk bulan-bulan berikutnya… SELAIN pada itu HAMBA ALLAH ini turut transfer RM500.00 kedalam acc Nek Munah..

Semoga HAMBA ALLAH tersebut dimurahkan lagi rezekinya..

Amin!

Lokasi rumah makcik Munah

 

____________________________

One thought on “Kisah viral makcik Munah JKM & jiran tampil beri jawapan mengejutkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s