Jawapan panas bagi artikel “Masjid Nilai Berjuta Sedang Asnaf di Depan Mata”

Sedang ditularkan satu artikel bertajuk “Masjid Nilai Berjuta Sedang Asnaf Di Depan Mata”

Kononnya ucapann MB Kelantan,Dato’ Ahmad Yakob dalam sidang Dun.

Ianya tular pada tahun 2016❗❗❗2019 datang lagi ❗❗❗

Penulisan oleh empunya fb di bawah ini agak kasar namun ianya fakta yang perlu disebar bagi membalas artikel jahat yang agak kasar juga.
_______________________________

Kepada yang sudah menularkannya….
Tahniah diucapkan, anda kini layak bergelar Pendakwah dan Pendakyah Kristian kerana menyebarkan DAKYAH kononnya kelemahan masjid dan kononnya kebagusan Kristian dan gereja.

Artikel tersebut telah ditulis oleh seorang manusia yang JAHIL MURAKAB dalam hukum-hukum Islam telah memberi ruang kepada pihak-pihak pendakwah Kristian menyebarkan kononnya “kebaikan kristian”… Tidak keterlaluan untuk aku katakan dia adalah seorang PENDAKWAH KRISTIAN samaada secara sengaja atau tidak sengaja!

Pertamanya :-
Perlembagaan Persekutuan Jadual Ke 9, senarai 2 butiran 1 menyatakan bahawa hal-hal berkaitan dengan agama Islam adalah dibawah kuasa negeri-negeri kecuali Wilayah Persekutuan:- KL, Labuan dan Putrajaya. Oleh itu masjid adalah dibawah kuasa negeri-negeri sepertimana yang ditentukan oleh enakmen atau akta negeri masing-masing.

Masjid dibina samaada dengan peruntukan KERAJAAN NEGERI atau PERUNTUKAN KHAS PERSEKUTUAN atau dibina oleh sumbangan orang ramai dan kebiasaannya masjid sumbangan ini dinamakan Masjid Jamek.

Jadinya adalah perkara BODOH dan JAHIL kalau nak mengaitkan peruntukan pembinaan masjid dengan ASNAF.

Kedua:- Apabila menyebut perkataan ASNAF, automatik yang terbabit adalah ZAKAT bukan MASJID… Setiap ASNAF yang layak akan dinilai oleh Majlis agama Islam…

Dalam perihal ini, ramai yang BANGANG mengaitkan kaunter Pungutan Zakat bersepah tapi tiada Kaunter Memberi Zakat. Untuk makluman semua, PPZ terutamanya PPZ Wilayah Persekutuan fungsinya HANYA MEMUNGUT ZAKAT, pengurusan pengagihan zakat adalah dibawah Baitulmal MAIWP… Simpan sikit bangang tu…

Ketiganya :-

Kutipan derma orang ramai.
Nampak sangat penulis ni tak pernah bergaul dengan Jawatankuasa Masjid. Duit kutipan tersebut termaktub di bawah Enakmen Agama Islam atau Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak yang diwartakan oleh setiap negeri. Ianya boleh digunakan untuk khairat kebajikan masjid, wakaf, tanah perkuburan dan harta milik khas dengan kebenaran majlis.

Selain itu, kutipan tersebut digunakan untuk membayar bil elektrik, bil air, telefon, kakitangan – kerani masjid, bayar guru mengaji, saguhati kepada penceramah dan lain-lain.

Kalau kutipan tak cukup, kita amik contoh Enakmen Pentadbiran Perundangan Negeri Selangor 1989 seksyen 58 (1) yang menjamin pembiayaan masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor…. Kerajaan negeri ada peruntukan tersebut.

Satu kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa wujud JURANG PENDAPATAN yang ketara antara masjid bandar contohnya Masjid Abu Bakar As-Siddiq Bangsar yang memperolehi pendapatan TAHUNAN sehingga hampir RM500,000 SETAHUN sejak 1977 berbanding Masjid Kampung Chenderah, Jasin yang memperolehi hanya sekitar RM10,000 SETAHUN.

Kajian tersebut juga menyatakan bahawa 57.5% masjid memperolehi pendapatan TAHUNAN kurang dari RM50,000, 20.5% pula memperolehi pendapatan antara RM50k – RM100K, dan 22% memperolehi lebih dari RM100K – PENDAPATAN TAHUNAN.

Kajian menunjukkan bahawa hampir 50% dari pendapatan masjid datangnya dari kutipan Jumaat, manakala bakinya dari pelbagai sumbangan disamping pendapatan dari aset fizikal dan aset kewangan.

Keempat – DANA GEREJA adalah sangat besar apabila ahli-ahlinya menyumbang SECARA TETAP antara 5% hingga ke 20% dari JUMLAH PENDAPATAN KASAR MEREKA – SETIAP BULAN. Ini dinamakan TITHES!

Korang muka tak tau malu, hari jumaat sedekah RM1 dalam tabung masjid, pastu pandai-pandai suruh sisihkan 10% untuk bagi pada “so called asnaf” tu pun silap-silap sebulan sekali jer pegi masjid. Zakat fitrah setahun sekali pun ada yang miss, ada hati nak kondem Institusi Islam…

Selain dari TITHES, Gereja juga menyediakan tabung khas untuk pengunjung gereja menderma untuk orang-orang miskin… Pendapatan TITHES tu digunakan untuk membiayai kegiatan gereja, baik pulih bangunan dan pendapatan paderi.

Kelima – Apabila dalam KARIAH kita ada jiran-jiran yang menghadapi musibah atau jiran miskin….

Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Rasulullah bersabda, mafhumnya bermaksud ” TIDAK HALAL SEDEKAH DIBERIKAN kepada orang kaya kecuali Fisabilillah, orang yang dalam perjalanan atau JIRAN FAKIR yang diberikan sedekah kemudiannya memberikan hadiah atau mengundangmu” Hadis Sahih riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dll….

Dari Abu Dzar r.a meriwayatkan bahawa mafhumnya “Rasulullah berwasiat kepadaku ” Jika kamu memasak, perbanyakkan kuahnya dan perhatikanlah jiranmu” – Muslim dll

Macam-macam hadis berkenaan jiran ni…. Belajarlah bab Hak-hak Jiran…

Begitu jugak dengan Surah An-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, JIRAN yang dekat dan JIRAN yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri”

Kita duk sebuk bab peranan MASJID dan Majlis Agama Islam, tapi kita lupa hak-hak jiran kita, hak-hak sahabat kita, hak-hak saudara-mara kita yang lebih utama kita bantu…. Susahkah sangat kita ni sampaikan tak boleh nak bantu sekampit beras, sekilo gula dan setin susu untuk jiran-jiran kita?.. Jangan jadik **** yang hanya tau menyalahkan orang lain, walhal dia lupa tanggungjawab sendiri….

Kalau kita tak mampu mengurangkan bebanan Masjid, kita boleh turut mencadangkan kepada Jawatankuasa Masjid untuk membuat derma beras bulanan – mungkin kutipannya diuruskan oleh NGO dan diagihkan oleh masjid….

Masjid mungkin berat hati nak terima, sebab zaman ni, masjid pun dirompak… Jawatankuasa pun takut nak pegang amanah-amanah ni.. Kita boleh jer lantik sapa2 untuk jadi pengurus sedekah beras dll ni… mungkin ada yang punya bilik stor luas di rumah….

Tak perlu nak salahkan pihak-pihak lain seperti masjid, jika kita mampu untuk laksanakan tanggungjawab sosial tersebut sendiri… Dan tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan seorang dua dapat bantuan gereja berbanding puluhan ribu asnaf sudah mendapat bantuan Zakat dan lain-lain.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pun ada menyediakan Skim Bantuan Sewa Rumah untuk memberi bantuan kepada golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan yang tinggi bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nasihat aku : Kalau kita tak mampu menjadi garam yang mengawet ikan, janganlah kita jadik langau yang menghurung ikan tersebut :- Bunyiknya bising tapi ikan pasti akan busuk dan berulat…

Kredit FB:Azanisham Samat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s