RINTIHAN SEORANG PESAKIT KRONIK AKHIRNYA MENDAPAT PERHATIAN

Dari FB Baitulmal MAIWP:

11 Januari 2019 (Jumaat) – PPR Pudu Ulu, Kuala Lumpur, kesusahan Pn. Nur Khairunnisaq bt Yazid selama ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila menerima kunjungan daripada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dan perhatian Badan Bukan Kerajaan (NGO) malam ini.

Ziarah ini mendapat kerjasama daripada Kelab Kebajikan & Sukarelawan Malaysia dan juga Persatuan Kebajikan Komuniti Pudu Ulu, Kuala Lumpur. Santunan kali ini juga mendapat perhatian dan dihadiri oleh wakil pihak media.

Pn. Nur Khairunnisaq kini tinggal bersama suami menumpang di rumah ibu mertuanya. Beliau menghidap penyakit jantung berlubang dan bengkak serta barah paru-paru.

Pelbagai usaha untuk mendapatkan dana bagi kos rawatan beliau namun kos rawatan yang tinggi adalah diluar kemampuannya menyebabkan dia tidak mahu meneruskan proses rawatan walaupun keadaan kesihatan ditahap yang membimbangkan.

Jumlah kos keseluruhan rawatan sebanyak RM 98,000.00 di Institut Jantung Negara. Selain itu beliau juga perlu menjalani rawatan kimoterapi bagi penyakit barah paru-parunya dalam masa yang sama dengan kos yang berlainan.

Skuad telah mengesyorkan beberapa skim bantuan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh Pn Khairunnisaq agar beban kewangannya dapat diringankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s