KERANA DADAH, EMPAT BERANAK TERSEPIT MASALAH KEWANGAN

Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak bersama eksekutif agihan Pejabat Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohammad Firdaus telah turun menyantuni sebuah keluarga yang dimaklumkan menghadapi masalah kewangan yang serius. Turut bersama menziarahi keluarga ini ialah Penolong Amil Kariah Labu Besar, Ustaz Ileas Yahaya, memandangkan keluarga ini tinggal menyewa di Perumahan Awam Labu Besar dengan bayaran sewa sebanyak RM 200.00 sebulan.

Ketua keluarga ini telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan genjala dadah dan meninggalkan isteri serta tiga orang anaknya tanpa sebarang sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka. Isterinya, Maslira Izzati,26, terpaksa mencari sumber pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarganya ini dengan mengambil upah mengasuh sebanyak RM 250.00 sebulan. Pendapatan keluarga ini hanya mampu menampung bayaran sewaan dan bil-bil utiliti mereka sahaja.

Menurut Maslira, kadangkala keluarganya terpaksa meraih simpati jiran tetangga dan saudara mara untuk membeli bekalan makanan untuk mengisi perut ketiga-tiga anaknya itu. Anak sulungnya sudah bersekolah dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi setiap bulan menyebabkan dirinya semakin dihimpit kesempitan kewangan. Walaupun beliau tinggal di kampung, namun pendapatan yang diperolehi tidak mampu menampung perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarganya.

“Pihak kami amat memandang serius masalah yang dihadapi oleh keluarga ini memandangkan suaminya telah ditahan kerana terlibat kes dadah, seterusnya menghumban isteri dan anak-anaknya dalam kesempitan kewangan pada masa kini. InshaaAllah pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya untuk disalurkan kepada keluarga ini setelah proses dokumentasi selesai.” ujar Ustaz Mohd Khairi Ishak semasa ditemui.

“Saya turut menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama pihak LZNK membantu asnaf di negeri ini melalui pembayaran zakat kepada pihak kami. Malah, informasi daripada masyarakat berkaitan asnaf amat dialu-alukan oleh pihak LZNK dalam usaha membantu mereka menggunakan wang zakat para pembayar.” tambahnya lagi.

Satu kit bantuan makanan telah disalurkan kepada keluarga ini oleh Ustaz Mohd Khairi Ishak serta disaksikan oleh Ustaz Ileas Yahaya sebagai tanda simpati pihak LZNK keatas ujian yang menimpa keluarga ini.

Sumber: FB Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s