ADA RESPON PANAS DARI KES KELUARGA DAIF TINGGAL DALAM DANGAU

Makluman semua…
Petang tadi, saya menziarahi Keluarga dangau yang diviralkan baru-baru ini.. Team saya sebelum nie dah ziarah Keluarga ini selepas diviralkan… Team saya telah memberikan barangan dapur dan sedikit duit sebelum ini.. . Kali ini saya bersama Kak Amaiza, Timbalan Pengerusi, Abg Wan, Setiausaha dan saudara Asyraf datang ke tempat ini bagi melihat keadaan selepas diviralkan..

Apa yang boleh saya katakan di sini, pihak JKM dan Jabatan Zakat telah pun mengambil tindakan sebelum ini…. Tapi atas sikap mereka sendiri…. Dan “benda terlarang”….

1- Atas sikap mereka sendiri, Jabatan nak bantu, tapi mereka yang tak mahu..

2- Dangau ini dibuat oleh mereka.. Mengikut maklumat Balai Polis Pokok Sena, dangau ini menjadi port penagihan dadah..

3-Sebelum ini pun, masa ibu ini mengandung, dinasihatkan supaya membuat buku merah, tapi mereka tak endahkan sehingga Misi kena datang rumah.

4-semasa lawatan saya, saya melihat keadaan sekeliling..Maklumat yang diterima ialah Keluarga ini adalah Keluarga “69”

5-Zakat di terima oleh ayahnya, dia tidak layak kerana dia masih sihat dan Muda dan mampu bekerja.

6- keadaan di sekeliling tidak sesuai.. Banyak yang di sembunyikan mereka kepada saya..

7- Segala maklumat mengenai kes ini ada di Balai Polis Pokok Sena.

8- 2 orang anaknya Tinggal di asrama Sekolah di Perit.

9- 1 orang di Sk bukit tembaga

10-seorang lagi di tadika kemas, dan seorang baru lahir..

Kesimpulan, Anak-anak perlu penjagaan, mak dan Ayah mereka Aadk kena ambil tindakan… Saya dah followup dengan Agensi yang berkaitan.. In Sha Allah semoga ada Jalan penyelesaian yang terbaek…. Doakan…Terima Kasih kepada Kak Amaiza, Abg Wan, Asyraf dan Ocs Balai Pokok Sena atas kerjasama yang diberikan.

Kredit/Sumber: Amirul Syahir
Sahabat Prihatin Negeri Kedah.
__________________________
Admin tambah sikit:

Viral kes suami isteri miskin di Kedah ini,buat ramai pakat hentam zakat dan JKM kata tak buat kerja.Tapi kita tau ka depa ni lagu mana?

Bila sudah terlibat dengan dadah dan mereka sendiri tidak mahu berubah, pada ketika itu salah siapa?

Semoga kes ini membuka mata netizen jgn asyik dok fokus nampak buruk salah laku ja. kalau hal bab pengurusan zakat yg dok kata menyusahkan & rumit.
Ni lah punca nyaa oii kenapa prosedur utk salurkan zakat sangat ketat & rumit .
#Pikirr

Cc: Kosmo Online & Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s