Awas, jangan sampai ‘berdosa’

PEMILIK akaun Facebook di negara ini terutama wanita diminta berhati-hati apabila memuat naik foto tidak menutup aurat ketika melakukan #10yearschallenge yang menjadi kegilaan baharu di media sosial itu.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata tindakan memuat naik foto lama yang menampakkan aurat tidak patut dilakukan kerana mengundang aib sendiri.

Katanya, biarpun aktiviti itu sekadar ‘suka-suka’, namun pemilik akaun media sosial perlu memikirkan bahawa ia boleh mengundang dosa jika aurat dilihat orang lain.

“Mungkin pada 2009 seseorang individu itu tidak bertudung dan kembali menutup aurat pada 2019. Jika foto lama disebarkan semula di Facebook, ia dikhuatiri menjejaskan taubat,” katanya.

Menurut Mohd Yusof, beliau tampil memberikan teguran untuk kebaikan semua pihak.

“Bagi saya, yang sudah-sudah itu biarkan ia berlalu. Walaupun foto itu gambar lama, lebih elok disimpan untuk diri sendiri daripada dikongsi di laman sosial.

“Bukan apa, mungkin orang lain tidak tahu keadaan kita sebelum ini dan mereka akhirnya tahu selepas foto itu dimuat naik di Facebook. Lebih baik kita berdiam diri dan sentiasa memperbaiki diri,” katanya.

Mohd Yusof pada masa sama menyarankan pemilik akaun Facebook menggunakan teknologi maklumat untuk perkara yang berfaedah.

“Jangan disebabkan kecanggihan teknologi hari ini, kita lupa perkara yang mengaibkan serta perbuatan dosa. Bagi saya ‘permainan’ itu tidak salah tetapi lebih elok jika gambar yang tidak mencacatkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Jom follow page fb kami: Kisah Zakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s