ASNAF pun kena zakat?? Ilmu Zakat : WAJIB baca

Soalan:
– Seorang asnaf ada wang simpanan yang cukup nisab perlukah membayar zakat?
– Pihak zakat boleh tahu wang simpanan seseorang asnaf? bagaimana prosedur asnaf dah jadi bukan asnaf?apa indikatornya?takkan asnaf berpuluh tahun tak maju?tak naik gaji?anak dah besar dan boleh bantu keluarga?

Jawapan:
Apabila kita ada wang simpanan dan lebih daripada nisab sudah sampailah kewajiban berzakat walaupun ianya seorang asnaf.

Nak ambil tahu wang simpanan tu macam peribadi pulak ..kalau yang berniaga boleh la pihak zakat tengok pada perniagaan asnaf tu. Sama lah macam pembayar zakat ni, zakat tu bukan “paksaan” macam LHDN. Dakwah secara lembut je yang akan sampai ke hati-hati yang Allah S.W.T buka..kena dakwahkan jugak pada asnaf

Berdasarkan keadaan yang ada…
asnaf ini terdiri dari 3 kategori:

💥1. Asnaf pasif
Lazimnya mereka ini rata-rata adalah golongan berumur dan mengalami keuzuran…maksudnya mereka ini selama-lamanya perlu dibantu dan dalam perkara ini tidak ada istilah “berikan kail, bukan ikan”

💥2. Asnaf Aktif
Mereka ini ialah golongan yg memerlukan bantuan dlm keadaan terdesak seperti memerlukan modal perniagaan @ mencukupkan modal mereka untuk memulakan perniagaan.. perlu di berikan “kail dan bukan ikan”.

💥3. Asnaf Tegar
Golongan yang perlu diberi bantuan berdasarkan keadaan mereka seperti muallaf yang kehilangan segala-galanya… mereka perlu diberikan secara lebih berterusan dan sistematik,masuk kelas pengajian agama yang disediakan kerana jika sebaliknya dikhuatiri mereka kembali kepada ajaran lama.

Kembali ke soalan

Jika memang ia ada sejumlah harta seperti yang disebutkan bermakna ia bukan asnaf lagi.Pihak zakat akan sentiasa ziarah asnaf dalam ertikata membuat bancian/ops pemutihan bagi mengenalpasti asnaf yang bukan lagi menjadi asnaf.

Pihak zakat perlu tahu jika ada perintah mahkamah atau keperluan untuk semakan demikian, jika tidak, ianya adalah tidak perlu. Prosedur asnaf menjadi bukan asnaf ialah apabila ia mengetahui bahawa wang zakat adalah “wang daki”(baca: kotoran) dari lebihan harta si kaya.

Apabila yang menerimanya adalah asnaf, harta itu adalah suci bersih. Tetapi jika yang menerimanya ialah bukan asnaf maka ia sudah terperangkap dalam “daki-daki” harta si kaya.

Inilah antara kemuliaan keluarga Nabi SAW yang tidak menerima zakat. Tetapi menerima hadiah(hibah). Nabi SAW juga menyatakan bahawa “Tangan di atas adalah lebih mulia daripada tangan dibawah”. Apakah selama-lamanya ia akan gembira dan nyaman jika berterusan terpalit dengan daki-daki ini? Jika diselusuri hadis ini dan terjemahan tanpa sopan santun bererti tangan di atas adalah *mulia* dan tangan di bawah adalah *hina*

Apalagi pembayar zakat, berbahagialah!

Dalam konteks semasa, hadis ini sangat relevan dengan keperluan kepada kesedaran untuk semua kategori asnaf bahawa apabila mereka menerima wang zakat, mereka membelanjakannya dgn penuh berhemah dan hati-hati.

Jika si kaya diancam dengan timbunan harta yang tidak dizakatkan, mereka para asnaf juga perlu merasa terancam jika penerimaan wang zakat oleh mereka adalah hanya alasan “tidak bekerja” sedangkan mereka sebenarnya malas.

Menerima wang zakat kerana tidak mampu, padahal mereka “menipu”. Tentunya asnaf yg dimaksudkan di sini ialah asnaf aktif dan bukannya asnaf pasif. Bahkan asnaf pasif sekalipun perlu berusaha untuk mengangkat tangannya berdoa “supaya mereka diberi kemampuan untuk bekerja dan merubah diri daripada asnaf kepada pembayar”.. daripada mustahiq kpda muzakki”.

Paling tidak mereka perlu mendoakan kepada muzakki (pembayar zakat) dengan doa berterusan semoga dibalas sebaiknya kerana hidup mereka dibiayai si kaya yang pemurah.

Jom like dan follow page kami :Kisah Zakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s