LZNK ringankan beban pasangan suami isteri

Aizudin kanan menyerahkan sumbangan kepada ketua keluarga.
SIK – Kes pasangan suami isteri terpaksa meminjam wang daripada ah long demi membeli pakaian persekolahan anak mereka selesai dalam tempoh kurang dari 12 jam hasil bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) daerah Sik.

Pegawai LZNK Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz berkata, pasangan itu bersama dua anak mereka berusia 11 dan lima tahun itu diziarahi Penolong Amil Masjid Batu 8 Sik, Aizudin, pagi ini.

“Penolong amil kami menziarahi keluarga itu yang dikhabarkan mengalami masalah terputus barang makanan dan kewangan serta dihimpit masalah hutang dengan pelbagai pihak.

“Dalam tempoh lapan jam setelah menerima makluman tengah malam tadi, kes ini mendapat perhatian penolong amil,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Penolong amil segera menyerahkan sumbangan awal berupa makanan asasi dan bantuan kewangan akan menyusul setelah proses dokumentasi selesai.

“Pejabat Zakat Daerah Sik mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemberi maklumat untuk kes ini.

“Pejabat Zakat Daerah Sik memerlukan kerjasama dari masyarakat atau pihak NGO agar kita sama-sama dapat menyantuni asnaf,” katanya.

Beliau berkata, setiap kariah di Sik mempunyai penolong amil dan orang ramai boleh berjumpa dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang ah long demi anak

Sinar Harian hari ini melaporkan sepasang suami isteri terpaksa meminjam wang dari Ah long akibat kesempitan wang dengan menyandarkan kad bank (bayaran gaji) kepada ah long.

Suami yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah agensi kerajaan dengan gaji di bawah RM1,000 terpaksa mengambil cuti sakit sejak November lalu, manakala isterinya hanya berniaga kecil-kecilan.

sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Google photo

    You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s